Blurb➡Cinta bersulam benci
*Story pertama yang terlalu banyak kekurangannya. Akan diedit semula.
Jodoh itu ditangan Tuhan. Walaupun mereka nampak bahagia, namun ada sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangganya. Akhirnya, rumahtangga yang dibina hampir
sepuluh tahun runtuh juga akibat orang ketiga. Suraya hilang arah, hilang tempat bergantung dan hilang segalanya.
Sudahnya, dia terpaksa juga belajar untuk berdikari sendiri. Saat dia tersungkur di pentas dunia, Zafran hadir menghulurkan cinta, memberi sinar dan menyembuhkan luka di hati Suraya. Takut terluka lagi, Suraya sering kali menolak cinta Zafran.
Namun, Zafran tetap gigih mengejar cinta Suraya sehinggalah Suraya membuka pintu hatinya untuk Zafran.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Zafran punya agenda sendiri. Kisah 14 tahun lepas membuatkan dia cukup menderita. Dendam yang telah lama tersimpan harus dilunaskan. Bahagia yang dijanjikan rupanya penjara derita buat Suraya. Satu persatu kejutan diterima Suraya. Zafran umpama Drama King. Bijak
berpura-pura. Dia tetap tabah kerana sedar semuanya ada berpunca dari kesilapannya sendiri.
Suraya tetap mencinta walau dibenci. Saat Zafran mula berubah, terbongkar lagi satu rahsia yang amat perit untuk Suraya terima. Dan kali ini dia nekad untuk pergi.
Apabila cinta bersulam dendam, akan masih adakah bahagia buat mereka?