Sebagai seorang manusia kita semua tidak lari daripada melakukan kesalahan. Namun sekiranya kesalahan itu dilakukan berulang kali, maka ia bukan lagi kesalahan tetapi satu pilihan. Pilihan. ya aku sudah memilih. memilih untuk tidak lagi disakiti. tidak kira oleh sesiapa pun. aku serik . serik dengan manusia yang penuh dengan sifat berpura . tiada seorang pun yang jujur dalam menjalinkan hubungan dengan aku. semuanya bersebab. ya. untuk siapa yang belum mengenali aku. aku ialah seseorang yang memiliki segalanya. aku dilahirkan mewah. aku dilahirkan punya segalanya sejak dari kecil. tapi ini bukan satu pilihan. tetapi ianya ialah takdir. Aku tidak minta dilahirkan dalam keadaan yang senang dan berada. namun aku bersyukur. bersyukur kepada yang Esa dia atas apa yang telah dianugerahkan kepada aku. tapi..tak semua faham keadaan aku. walaupun aku dilahirkan didalam keluarga yang punya segalanya, aku juga punyai kelemahan. iya. KELEMAHAN. mereka lupa bahwa aku juga merupakan seorang manusia biasa. aku punya hati dan perasaan. namun sifat tidak berperikemanusiaan mereka telah menghancurkan aku. perasaan aku. ketidakjujuran mereka membuat aku berasa tiada yang ikhlas dalam menjalinkan persahabatan mereka dengan aku. semuanya mengambil kesempatan dan semuanya berkawan kerana mengharapkan sesuatu. oleh sebab itu aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang yang tidak berhati perut kerana aku tahu mereka semua tidak ikhlas jadi kenapa aku harus berbuat baik? aku dah buat keputusan untuk meletakkan mereka di satu tahap dimana mereka akan menyesal kerana pernah berniat unuk mempergunakan AKU!