Yang 'hantu' itu Hud, itu persepsi Orked terhadap lelaki itu pada pertemuan pertama mereka. Gelaran itu diberi kerana Hud makan di tengah hari di bulan puasa. Bagi Orked, dia tidak menganggap Hud sebagai musuhnya, dia cuma tidak sukakan lelaki itu. Tapi, setiap kali bertemu Hud, ada saja perang mulut terjadi. "Hati saya kuat mengatakan encik memang tak puasa."- Orked "Nasib baik aku fikir ni kampung kau. Kalau tak, tahu lah nasib kau." - Hud. Dan apabila tiba-tiba ada wakil dari keluarga Hud datang melamarnya, Orked bagaikan tak percaya. Apatah lagi wakil itu datang atas permintaan Hud sendiri! "Kenapa saya?" - Orked "Sebab yang namanya Orked Delisha binti Ahmad Faiq tu adalah Orked." - Hud Kata Hud, dia mahu Orked bersamanya, memimpin tangannya mencari redha Allah. Tapi, apa pula kata Orked? "Bagi saya masa." - Orked. "Boleh, sayang. Abang akan tunggu." - Hud Belum apa-apa sudah ber abang sayang. Itu yang buatkan Orked rasa geli. Macam mana nak panggil abang kalau selama ini dia selesa dengan panggilan encik? Apa sebenarnya yang menyebabkan Hud tiba-tiba berubah hati dan mahu mengahwini Orked? PM Penerbitan Idea Kreatif untuk pembelian.