Nur Qifahd Qaireen seorang gadis biasa yang dibesarkan dengan tegas oleh seorang ibu bernama Qhaireena. Sifat ibunya yang suka menentukan keputusan untuk dia dan adik beradiknya yang lain termasuklah keputusan dalam hal peribadi membuat mereka makan hati dalam diam. Peristiwa yang menghiris hati Qifahd , Qaseh , Aqshar dan bahkan termasuk ayah mereka sendiri disebabkan perbuatan ibunya, membuat dia hilang kepercayaan dan hormat terhadap ibunya sendiri. Sejak dari itu, Qifahd mula memberontak dalam diam. Keputusan yang ibunya buat untuk dia pasti akan dilanggar. Namun sekeras manapun dia memberontak tidak mampu melawan ketegasan ibunya. Qhaireena menganggap tindakannya adalah untuk membahagiakan anak-anaknya namun dia silap kerana sebaliknya tindakannya itulah yang membuat mereka semakin menjauh.