Cerita ini mengisahkan sebuah kerajaan yang aman pada awalnya. Tetapi... Setelah berlaku satu upacara perkahwinan yang dipilih oleh sang Maharaja menyebabkan banyak ketidakpuasan hati dalam kalangan menteri kerajaan tersebut. Ketua menteri pertahanan merasa ketidakpuasan hatinya atas perjodohan tersebut kerana, dia ingin anak lelakinya Park Jimin, menjadi suami kepada Ryong Yn agar boleh memiliki takhta sebagai raja kerajaan itu. Dan menggantikan maharaja. Setelah pelbagai cara, akhirnya beliau sendiri yang melancarkan serangan untuk berperang dan telah membunuh begitu banyak orang yang tidak bersalah. Yn sebagai isteri Kim Taehyung, sangat terkejut apabila dia terlihat bahawa suaminya yang dia sangat percaya dan cinta, telah menikam ayahanda nya didepan mata. Sedangkan Taehyung, tidak sedar apa yang dia sedang lakukan. Dia seperti sedang dikawal dan dia mendengarkan seseorang bisikkan kepadanya agar membunuh Yn. Setiap titisan darah yang terpercik ke muka Taehyung, membuatkannya sedar bahawa dia telah membunuh isterinya dan juga Maharaja. Apakah yang terjadi terhadap kerajaan itu? Bagaimana Taehyung boleh melakukan perbuatan yang sukar untuk dimaafkan itu?
More details