"Jangan tunggu saya. Jangan tunggu penjelasan saya. Hubungan kita sudah berakhir saat kita mulakan dulu. Takdir yang tentukan perjalanan ini. Redhailah. Semoga awak bahagia." dia terus melangkah pergi. -AYU
Hatinya masih terpaut pada Asyraf, namun kerana sahabat, dia menyimpan perasaan itu sendirian. Kalaulah..dia dapat menyembuh luka didalam hati Asyraf dan boleh membuat Asyraf tersenyum kembali, alangkah bahagianya.-HANA
Hembusan nafasnya tidak menentu. Kadang kedengaran berat, kadang tidak kedengaran langsung.
Peluh yang merecik didahi, diseka lemah. Pasti bibirnya sudah membiru. Kakinya seolah-olah sudah putus asa untuk menampung badannya. Dia jatuh tersembam lantai.-DIA