"Akankah ada pengakhiran bahagia untuk si kakak tiri Cinderella?" -- BLURB -- Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas Prince Charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri? Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu. "Awak tak takut mati, Aina Natasha?" - Arhan "Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh," - Aina Natasha Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran 'pembunuh' tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu. Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Di saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan. "Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!" - Hadi "Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?" - Arhan Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri - "Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?" -- PENULISAN2U, OKTOBER 2018
15 parts