"Nak tahu apa maksud dai'? " "Mestilah nak!" Aku menjawab dengan semangat. "D- Dakwah tugas kami. A-Allah tujuan hidup kami. I-Iman bekalan buat diri. DAI'" Terang murabbinya sambil melukis pada papan putih. "Ooo DAI'. Menarik." Sambut rakan yang sama halaqah denganku. Itu kisah setahun yang lalu. Dan ini kisah hidup aku. Nama aku Anaqi. Ajmal Anaqi. Kisah hidup aku bukan macam insan lain. Juga tidak sepelik makhluk asing. Namun aku insan biasa yang terasing olehNya. Aku mulakan kisah aku dengan dua potong ayat Al-Quran. 'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami pasti menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." - surah Al-'Ankabut, 29:2 & 3 Mengapa aku beri ayat ini? Kerana aku mahu kau tahu bahawa setiap manusia di bumi ini pasti akan diuji. Lebih-lebih lagi yang bergelar muslim. Kita diuji untuk mengetahui kadar keimanan kita terhadap Allah. Berapa ramai yang tersungkur setelah diuji? Dan berapa ramai yang masih tegak berdiri? Aku punya ujian aku tersendiri. Dan aku yakin kau pun juga. Tapi bagaimana nak atasi ujian ini? Entahlah. Kerana aku pun sedang mencari jawapannya.All Rights Reserved
1 part