DARIEN ERANCÈ - Pada pandangan umum, dia lelaki yang berjaya. Rupa yang menawan berdarah kacukan Perancis dan Cina, kerjaya yang gah dan kehidupan yang sempurna. Tapi, sayangnya dia terlalu misteri. Tiada siapa tahu bahawa pistol dan darah menjadi mainannya.
MIQAYLA HUSNA - Hidupnya bukan seperti gadis biasa. Jika yang lain bergembira, dia berduka. Jika yang lain berbahagia, dia menangis. Bukan mudah untuk hidup bersama ibu dan kakak saudara yang membenci kewujudannya. Sehingga satu tahap, tubuhnya menjadi mangsa dendam akibat perbalahan saudara.
Mereka bertemu dalam satu keadaan yang... cliché? Bos dan pekerja. Mereka hanyalah dua insan biasa dalam satu syarikat. Sehinggalah satu malam merubah segalanya. Satu-persatu identiti DarIen terbongkar di hadapan Qayla yang baru dikenalinya.
"Magic. One night changes everything." - Darien
"Darien never brings an outsider into his life, Qayla" - Liam
Sejak itu, Qayla bukan lagi insan biasa dalam hidup Darien. Qayla ialah insan yang perlu dilindunginya.
"Going near me gonna cost you your life." - Darien
Kedua-dua mempunyai masalah tersendiri. Sehingga satu masa, masalah itu mengancam nyawa mereka. Demi perasaan yang baru mula berputik, Darien lepaskan Qayla demi keselematannya. Jauh dari dirinya.
"Fate will bring us back together." - Darien
Namun, pertemuan semula mereka bukanlah perkara yang baik. Qayla sudah berpunya, dan Darien seolah-olah sudah lupa siapa Qayla. Maka, Qayla cuba mencipta jarak.
"Have we ever met before?" - Darien
"Anggaplah kita tak pernah kenal sebelum ini." - Qayla
Namun, semua rahsia ada di tangan Darien. Segalanya sudah dirancang. Segalanya demi Qayla, sehingga Darien sanggup terluka kerana Qayla.
Saat nyawa menjadi taruhan, apa pilihan yang mereka ada?
"Bukan mudah untuk mencintai. Tapi, lebih sukar untuk melepaskan."
•MATURE WARNING FOR DARK SCENES AND WORDS.
•NO SEXUAL SCENES ARE EXPLICITLY USED
•do expect more romance than action
•action-induced story is not my forte
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.