Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband [C]
27 parts Complete Tajuk: Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband
Genre: Dark Romance | Obsession | Sad Love
SINOPSIS
Aleesya Safiya tidak pernah meminta untuk dijodohkan, apatah lagi dengan lelaki yang membencinya sepenuh hati. Tengku Rafael Zafran, lelaki berdarah Sepanyol yang sempurna di mata semua orang, tetapi dingin dan kejam terhadapnya.
"Aku takkan pernah cintakan kau. Jangan berangan." Kata-kata itu menjadi luka yang tertanam dalam hati Aleesya.
Bagi Rafael, perkahwinan ini hanyalah paksaan. Dia sudah ada kekasih yang dia cintai, dan Aleesya hanyalah beban dalam hidupnya. Dia mengabaikan Aleesya, melukakan hatinya, dan membiarkan gadis itu menangis dalam senyap.
Namun, semuanya berubah pada satu saat. Saat Rafael kehilangan Aleesya.
Dari kebencian, perasaan itu bertukar menjadi obsesi. Rafael mula menginginkannya, merinduinya, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Aleesya tidak meninggalkannya.
Tetapi, bagaimana jika hati Aleesya sudah mati untuk Rafael?
Dan lebih penting lagi-adakah Rafael mampu mendapatkan kembali cinta yang dia sendiri telah hancurkan?