Bukan Sempurna Milikku

Bukan Sempurna Milikku

  • WpView
    Reads 21
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jan 31, 2019
Indah bukan? Jika kau selalu bersyukur dengan kebahagiaan yang kau ada sekarang. Tidak membanding-bandingkan kebahagiaan kau dan orang lain. Tanpa menyoal, "kenapa aku tak boleh bahagia macam dia?" Aku tak layak untuk bahagia ke? Atau Tuhan dah tak sayang aku?" Jangan pernah menjadikan nikmat Tuhan itu sebagai satu persoalan dalam diri kau, sehingga menyukarkan kau untuk bersyukur. Sayang, bukannya kau tidak layak untuk bahagia. Layak, tapi kau perlu bersabar. Jalan cerita kau tidak sama dengan orang lain. Tuhan cipta kita semua sama, tetapi dengan jalan cerita yang berbeza. Cuba bayangkan, jika semua manusia mempunyai jalan cerita yang sama, siapa yang ingin saling melengkapi? Siapa yang ingin menjadi contoh kepada orang lain? Siapa yang boleh dijadikan pengajaran kepada semua manusia agar tidak melakukan kesalahan yang sama? Siapa? Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Kau perlu yakin, doa yang kau panjatkan kepada Tuhan itu sentiasa didengari. Terpulang kepada kau untuk terus menjaga 'kesucian' doa itu agar dapat dimakbulkan. Salah satu kuncinya adalah, sabar. Sabarlah dalam setiap perkara. Jangan terhegeh-hegeh dan mudah berputus asa. Yakin, doa kau selalu didengari. Kini, keluarga dan sahabat adalah kebahagiaan aku. @coretansipendiam 🌹
All Rights Reserved
#108
wanita
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • MY LOVE CIKGU [C]
  • Cinta Yang Tak Terduga
  • c | Takdir Tuhan
  • Adriana Raisa
  • LAYAKKAH AKU
  • First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]
  • BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C
  • MUHASABAH CINTA
  • Andaikan Cinta Itu Ada

"Cikgu, tolong ejakan perkataan cinta boleh?" - Syafiza Iman. "Kenapa dengan cinta?" - Arnash Farhan. "Sebab I cinta you." - Syafiza Iman. Walaupun umur mereka jauh berbeza, Syafiza Iman tidak kisah langsung. Apa yang dia tahu, dia memang benar-benar mencintai gurunya, iaitu Arnash Farhan. Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian lelaki itu. Walaupun acap kali gagal, Syafiza Iman tidak pernah lelah mencuba sehinggalah pada suatu malam mengubah segalanya. "Cikgu jangan jual mahal sangat. Saya perempuan. Saya boleh goda cikgu cukup-cukup." - Syafiza Iman. Bahagia yang dirasakan pada awalnya berubah menjadi kelam. Hadirnya Irina, iaitu bekas isteri kepada Arnash Farhan mengubah segalanya. Syafiza Iman sendiri bagaikan tidak mengenali lelaki yang dicintai. "Rin nak rujuk dengan abang." - Irina. Mampukah Syafiza Iman mempertahankan rumah tangganya setelah hadirnya Irina membawa api? Masih adakah ruang untuk mereka bahagia setelah hadirnya Irina membawa hasutan dan ugutan?

More details
WpActionLinkContent Guidelines