Naura Awliya seorang gadis yang ceria,bercita-cita tinggi dan mempunyai impian yang menarik.Kehidupannya penuh dengan dugaan.Naura Awliya seorang anak yang misteri dalam keluarganya.
Pertemuan dengan dua orang lelaki ketika usianya meningkat dewasa membawa pelbagai rasa dan membuatnya keliru untuk memilih siapa yang memberi keajaiban rasa dalam hatinya.
Kisah lampau yang menimpa dirinya membuatkan dirinya trauma untuk menerima lelaki.
Muhammad Irfan Adham seorang lelaki yang popular,bijak,seorang yang serius,diminati ramai dan seorang lelaki yang memenuhi kriteria serta cinta pertama Naura Awliya.
"Awak,saya dah lama suka awak,kenapa awak taknak terima saya"-Naura Awliya
"Maaflah saya bukan taknak terima awak Awliya,saya dah malas nk layan perempuan nii"-Muhammad Irfan Adham
.............................
Setelah 10 tahun berlalu.
Muhammad Akif Izuwan seorang lelaki yang penyayang,baik hati,seorang yang sederhana tapi selalu hadir tanpa diduga membuatkan Naura Awliya keliru.
"Akif kenapa semua tinggalkan liya,liya menyusahkan ke?"-Naura Awliya
"kalau orang tinggal liya akif ada,liya jangan risau yee"-Muhammad Akif Izuwan.
................
Dugaan dan halangan yang menimpa membuatkan Naura Awliya memilih untuk sendiri sementara waktu sedangkan hatinya masih keliru dengan sebuah rasa dalam hatinya.
Mampukah Naura Awliya bertemu putera hatinya aka hero untuknya.
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed