Hara; gadis kental dan bijaksana. Tak pernah mengeluh akan segala derita, cuma awalnya agak susah untuk menerima. Pejamlah duhai mata, semua ini akan berakhir juga- percayalah ; pujuk Hara sebelum melelapkan matanya.Hara atau nama sebenarnya Nur Haraimah adalah gadis biasa, hidupnya cukup sederhana sehingga satu ketika. Hara ditinggalkan ayahnya- dek kerana kesempitan hidup setelah ibunya meninggal dunia akibat kanser. Tok ayah wan , adalah satu-satunya darah dagingnya yang sudi menerima dan menjaga Hara. Zol edry, lelaki macho dan bijak yang telah menambat hati Hara sejak sekolah. Namun dek kerana pergolakan emosi yang dihadapinya, Hara nekad untuk tidak meluahkan isi hatinya. pertemuan kembali pada zaman yang berbeza telah menyatukan dua insan ini. namun beribu halangan harus ditempuhi.. Mampukan hati hara memandu jiwanya ke arah yang benar? atau hati hara sebenarnya milik yang lain? nantikan