LAST
Lagama Agar. Pelarian kepada perang yang tiada sesiapa tahu bakal terjadi. Dalam satu malam sahaja, satu negara telahpun ditawan. Malam itu, terpahat didalam ingatannya, peristiwa buruk yang menyebabkan Lagama hilang segala-galanya. Rumah, keluarganya, bahkan kaumnya sendiri.
Kini, dia berada jauh dari kampung halamannya. Keluarganya kini berganti dengan penduduk kampung Kokuri yang sudi menyambut kedatangannya. Selang beberapa tahun, dirinya mendapat jemputan dari salah sebuah akedemi yang terkenal di dalam Magnosia.
Di sini, Identitinya perlu disembunyikan dari pengetahuan orang ramai kerana takut orang-orang yang memburunya akan mengambil kesempatan.