Sebaik sahaja manusia itu dilahirkan, mulai detik itu, maka bermulalah perjalanan hidupnya. Perjalanan yang berisikan pengalaman dan cabaran yang tidak terduga. Haris diuji dengan kehilangan kedua ibu bapanya yang kecelakaan diusianya yang sangat muda. Dibesarkan oleh Neneknya yang terlalu amat menyanyanginya. Segala kasih dan sayang dicurahkan tanpa sedikit pun yang berkurang. Namun ajal maut bukanlah dikawalan seseorang itu. Sudah tiba saatnya dia ditinggalkan oleh insan yang menjaganya itu. Diusianya yang baru melangkah kealam remaja, dia sekali lagi diuji dengan kehilangan insan yang disayanginya. Berat hatinya untuk menerima pemergian Nek Jah, namun hidup harus diteruskan. Malang masih menimpanya apabila bapa saudaranya yang tidak sanggup memeliharanya, menyerahkan dia kepada bekas suami arwah ibunya itu. Haris redha dengan nasibnya. Mampukah dia merasakan nikmat bahagia? Mampukah Arman, penjaga barunya menerima dia apa adanya? Kasih sayang dan keluarga itu adalah pengikat kebahagiaan. Apalah makna bahagia itu jika seseorang itu tidak merasakan itu.
1 part