Di atas satu kanvas yang putih, kata orang itulah titik permulaan kepada sesuatu yang bernama kehidupan. Kosong dan suci. Walaupun coraknya dilakarkan sendiri berlandaskan langkah yang dikorak, hadirnya manusia di sekeliling adalah untuk mewarnai segenap ruang yang ada. "Tetapi tak semua manusia bertemu dengan pelbagai warna dan aku persis salah satu daripada berjuta bintang yang telah mati. I'm a black hole." - Afif Aiman. "We are none of any existing phenomenons but what made you think that we were less darker than you? What made you think that we made up of rainbows?"- Juliana Annisa. Dua puluh satu. Angka itu seharusnya adalah kunci kepada kebebasan. Permulaan kepada liku-liku kedewasaan dan salam perkenalan daripada realiti. Tetapi bagi mereka, that's where the retardation of world begin. Bersendirian di relung kegelapan itu menyakitkan. Pada akhirnya kita cuma perlukan satu bulatan yang mengingatkan jalan pulang kepada kebahagiaan. Yang mengingatkan bahawa kita tidak bersendirian di ruang kekeliruan. Selamat datang ke 21 Club.