Cony & Brown 🐰🐻

Cony & Brown 🐰🐻

  • WpView
    Reads 1,034
  • WpVote
    Votes 120
  • WpPart
    Parts 19
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Aug 9, 2024
WpInfo
Fiction
Romance
KAYREL. Sebut sahaja nama itu sekaligus wajah mahasiswi Universiti Malaya yang sugul boleh jadi ceria. Senyum sampai ke telinga tak ingat dunia! Lelaki itu sungguh cukup sifat; otak geliga, pelajar jurusan sains seni bina apa tidaknya. Ditambah pula dengan wajah tampan, si tinggi lampai itu memang selalu menjadi perhatian setiap kali suara serak-serak basah itu berbicara. Siapa sahaja tak terpikat? Berbeza sekali dengan tuan punya badan. Kayrel tidak pernah teringin mahu menerima julukan 'Jejaka Idaman Malaya'. Dia tutup sebelah mata sebab habuk masuk pun dikatakan sedang kenyit mata! Pening dibuatnya. Makin Kayrel tak berkenan bila ada segelintir yang suka sangat ekori dia. "Macam tak ada benda lain nak buat anak dara zaman sekarang ni. Stalk jantan je tahu. Maleh aku layan!" - KAYREL NADINE CAMILIA. Cantik orangnya. Hanya dengan lirikan mata hazel yang naif itu, Kayrel yang beku pun boleh cair. Baru muncul di kampus, gadis berwajah kacukan yang pendiam itu sudah jadi perhatian ramai. Namun bila dapat tahu gadis itu tidak sesempurna rupa parasnya, seorang demi seorang mula jauhkan diri termasuk Kayrel sendiri. Dahulu, budak kecil itulah yang selalu jadi mangsa usikan Kayrel. Mentang-mentanglah budak itu cengey makin ligat dia menyakat. Berjumpa kali kedua sesudah dewasa, entah kenapa Kayrel tidak tega mahu melayan kerenah Nadine lagi. Selalu Kayrel hilang sabar bila gadis 'istimewa' itu tambah merumitkan hidup dia yang sedia rumit. Bila Nadine selalu sangat menempel dengan dia, Kayrel jadi rimas. Nadine suka bila Kayrel ada. Tetapi dengan Nadine, Kayrel pening kepala. "Kita ni bukan mahramlah. Mana boleh peluk!" - KAYREL Dalam huru-hara, Kayrel menyimpan coretan sedih di hati. Dia tidak peduli dengan perasaan orang lain kerana ayahnya sendiri tidak pernah peduli tentang perasaannya. Mengenali Nadine semula, dia belajar sesuatu yang sebelum ini dia alpa. I pick my poison and it's you A mess to my head but a cure to my heart #beautifulcoverby @Ariffeyoo
All Rights Reserved
#38
komedi
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • [C] AMRAN DEINZ
  • Kerana Dia Lelaki Hati Batu (C)
  • HEY MR PHOTOGRAPHER ©
  • Bolehkah Aku Mencuri Hatimu?√ [E]
  • SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
  • My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
  • 𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
  • MY MR PSYCHO
  • ENCIK TENGKU, THE BEAST
  • THB [Treat Her Better]

| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting... Dibencikan! Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini. Dasar jantan tak guna! Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru. "Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz "Untuk?" -Anastasia "Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku." Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia. "Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?" Apa semua ni? Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni? Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya? Silakan dibaca... -Light story -Comedy Romance

More details
WpActionLinkContent Guidelines