Tebal : 380 muka surat
Ready Stok
Bacaan Matang
Sinopsis :
Scha Delisha mencintai seorang jejaka berkurun lamanya. Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Sayangnya, takdir tidak merestui hubungan itu. Meskipun, mereka sudah merancang untuk berkahwin, perancangan takdir menjerat Scha Delisha ke dunia jijik dan hina. Bukan sahaja Scha Delisha diperdagangkan jauh dari kampung halaman, malah dia dilatih dan dibentuk menjadi seorang pelacur elit kelas atasan.
Terbiasa bertahun-tahun lamanya, sekali lagi takdir menemukan Scha Delisha dengan Dzal Aidi. Sangkanya, lelaki yang dulu adalah hero penyelamat kini bersedia untuk membawanya jauh dari dunia hitam dan bernoda itu. Sayang seribu kali sayang, lelaki itu suami orang.
Ini kisah perempuan simpanan. Yang hati dan cintanya tak pernah padam. Yang sayangnya menggelapkan mata hati. Yang rindunya tiada belas simpati.
Sejauh mana Scha Delisha sanggup menjadi kekasih pinggiran Dzal Aidi. Sanggup melukakan hati kaum Hawa sendiri. Bahagia kah dia dengan menghancurkan bahagia orang lain?
Amaran : Kisah rumahtangga yang tidak punya hati. Bergelumang dengan nafsu serakah dan pengalaman, disulami air mata dan rasa yang menjengkelkan. Tabahkan hati, kentalkan emosi.
Mikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster.
Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai musuh dari sekolah lain. Menyukai Mikayla yang tidak tahu akan aktiviti luarnya itu.
Mampukah mereka bersatu? Dapatkah Mikayla menerima Afif bila mengetahui siapa sebenarnya dia? Nantikan!
Start : 21/9/2020
End : 13/9/2021