WHATSAPP 013 2588069
WWW.DEARNOVELS.MY
Tajuk: JANGAN TAK BALAS CINTAKU
Penulis: Zaza Qry
ISBN: 978-967-2116-16-5
Harga: RM25.00 / RM28.00
Istihana betul-betul rimas dengan bekas abang iparnya. Kubur isteri masih merah dia sudah bersetuju berkahwin. Kalau dengan orang lain, Istihana tak hairan, tapi mahu dijodohkan dengan dirinya. Mereka ingat Istihana ini barang mainan? Boleh buang jika tak suka dan simpan apabila suka?
"Isti, kenapa nak lari jauh daripada abang?" - Ilhan
"Aisy, saya tak sukalah awak dekat dengan saya. Rimas!" - Istihana
Selepas kahwin, Istihana buat kerja gila. Kerana rimas berdekatan dengan Ilhan yang sudah bertukar status daripada abang ipar kepada suami, Istihana menghilang. Istihana larikan diri!
Selepas tiga tahun, Istihana bertemu semula dengan Ilhan yang menjadi CEO di kilang tempatnya bekerja.
"Marah, suka, bahagia atau teruja mungkin. Semua perasaan tu. Abang cakaplah kalau-kalau Isti tak tahu?" - Ilhan
"Tak mahu kuasa dua. Sebab semua perasaan tu, saya tak ada." - Istihana.
Istihana tak mahu kuasa dua, tapi dalam hati jantung berirama beat box saat berada dekat dengan Ilhan. Buat apa menidakkan rasa hati yang dah penuh dengan cinta? Tambahan pula Ilhan tak pernah beralih selepas mencintainya. Akhirnya cinta Ilhan, Istihana balas.
Tapi, muncul pula si kawan baik yang terlebih sudu daripada kuah. Sameer, mahukan Ilhan kembali kepada kekasih lama iaitu, Adlin. Pelik, tapi cinta Istihana dan Ilhan tidak pernah goyah dengan sikap Sameer.
KARYA PERTAMA
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
⚠ DILARANG PLAGIAT
Start - 27/9/2024
End -