Aidil Fitri
AIDIL FITRI.
Short Story sempena hari raya.
Fitri Aulia. Pertemuannya dengan seorang 'Hero' yang menyelamatkannya sewaktu diganggu dua orang samseng beberapa minggu sebelum bulan ramadhan, membuatkan dia tertarik untuk mengenali pemuda itu secara dekat. Namun 15k pula menjadi taruhan.
Aidil Faizzan. Dihina dan dicaci sudah menjadi suatu perkara biasa buat dia dan keluarganya
namun, entah dimana silapnya dia difitnah mencabul kehormatan anak tok ketua kampung dan kerana itu juga dia dihalau dari kampung halamannya. Berhijrah ke kuala lumpur adalah jalan terbaik buatnya. Namun, kerana kelulusan yang cukup-cukup makan dia susah diterima berkerja dimana-mana tempat dan atas dasar terpaksa dia menjerumuskan diri ke alam perkerjaan yang cukup hina.
"Tapi lima belas ribu tu banyak sangatlah. Fit mana ada duit.." - Fit.
"Jadi, kita tamatkan ajelah pertemuan kita sampai sini." - Aid.
Tengku Sarafina.
Berada dalam pelukan hangat seorang Aid adalah dambaannya. Terasa diri punyai pelindung. Tiada gunanya harta dan kemewahan baginya jika jiwa terasa kosong, dia hanya mahukan perhatian dan kasih sayang. dan dia yakin hanya Aid yang mampu berikan semua itu kepadanya.
"Seminggu tak cukup untuk I. I nak lebih lagi Aid. I nak You. Bukan untuk seminggu, tapi untuk selama-lamanya." - Sara.
Mampukah Fit mencari 15k semata-mata untuk mencapai matlamatnya? Dan apa pula yang akan berlaku jika dia mengetahui latar belakang diri Aid yang sebenar? Terlaksanakah impian Sara untuk memiliki Aid? Kalau nak tahu, silalah baca sampai habis ya? Enjoy..😉
#AidilFitri #StoriesByNAANA #PenulisTakBertauliah