"Ayah! Ayah!" Ayman langsung terjaga dari mimpi. Keringat dingin membasahi tubuh. Dia menangis sendirian. Sudah lima tahun berlalu semenjak ayahnya hilang tanpa jejak. ************************************** Januari 2013. Suatu kes kehilangan lelaki berusia lingkungan 50-an menggemparkan negara. Pihak polis langsung tidak dapat mengesan jejak mangsa. Mangsa dipercayai diculik untuk tujuan pemerdagangan manusia. Mangsa juga dipercayai telah dibunuh, namun mayatnya tidak dapat dikesan. Penjenayah sangat licik dan teliti melupuskan bahan bukti. Akhirnya, kes itu ditutup begitu sahaja. ************************************** Ayman merupakan pelajar jurusan undang-undang di Yale University, USA. Dia berjanji akan menuntut keadilan untuk bapanya. Dia tidak berpuas hati mengapa pihak berkuasa tidak dapat menyelesaikan kes tersebut. Tidak cukup dengan kehilangan ibunya akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lepas, kini dia harus menanggung derita kehilangan bapanya. Pada suatu hari, Ayman diarah berpindah kerana tuan rumah ingin menjual rumah sewa yang didudukinya. Dibantu oleh rakan sekerja, Ayman berjaya mendapat sebuah rumah banglo dengan harga yang sangat murah. Kejadian aneh sering menimpanya semenjak menetap di situ. Dia sering diganggu oleh makhluk misteri pada setiap malam. Ayman yakin makhluk misteri itu merupakan roh ayahnya yang ingin Ayman mencarinya semula, berdasarkan petunjuk yang diberi melalui mimpinya. Lebih mengejutkan apabila Ayman mengesyaki mayat ayahnya ditanam di sekitar kawasan rumahnya. " Demi keadilan untuk bapaku tercinta, aku harus memberanikan diri." - Ayman.