"Kecantikan itu akan membunuhmu!" Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Semenjak melakukan mandian miyongkkae tersebut, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan. Mampukah dia lari dari kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?