"Termasuk kau ke, Dihah?" Saja Mikail nak mengusik. Mata Madihah sudah menjegil. "Jangan nak perasan!" "Tapi aku memang sayangkan kau pun." Mikail mengenyit nakal. "Jangan nak cakap merapulah, Mike oi! Buat sakit hati je dengar." Madihah mencebik. Namun dalam hati, hanya dia dan Sang Pencipta sahaja yang tahu. Mikail melepaskan tawa. Wajah masam mencuka Madihah itu menghiburkan hatinya. "Kau merapu lagi, aku tak nak tolong kau!" Ugut Madihah yang semakin geram dek melihat Mikail sengaja mempersendanya. "Okey! Okey! Aku serius." Mikail cuba mengawal ketawanya. Dia berdeham beberapa kali. "Tolong aku eh, Dihah?" pujuknya. "Kau nak apa? Aku belanja." "Apa-apa je?" "Yeee..." "Kau kena belanja aku beg LV satu." "Hah??? Kau ni..." Mikail mengetap gigi. Wajah Madihah dipandang geram. Tambah pula Madihah sudah mengangkat-angkat kening yang tebal terbentuk elok itu. "Tak belanja beg LV, aku tak nak tolong. Aku ni sedang bersubahat menipu dengan kau tau? Kau tau apa aku akan tanggung nanti? Dosa tau tak?"