27 Partes Continúa Contenido adulto❦︎
Intan Aralyn,seorang gadis bertudung labuh yang ceria dan lemah lembut.Hadirnya Adam Ishan bukan sekadar sebagai murid baharu di sekolah, malahan telah menjadi penghuni di dalam hati milik gadis itu.Tetapi dia hanya mampu mengagumi Adam dari jauh dan mengirimkan doa setulus hatinya.Dia tidak pernah berharap lelaki itu membalas perasaannya kerana dalam dunia Adam,dia seolah-olah tidak wujud.
Alyn tetap menguatkan diri.Sejurus tamat persekolahan,dia cuba meluahkan perasaannya tapi hanyalah sia-sia. Adam bukan miliknya,dan tidak pernah menjadi miliknya.Lalu,dia memilih untuk melupakan.Namun takdir punya rencana lain.
Pertemuan semula mereka bukan disambut dengan senyuman,tetapi amarah yang membara.Adam langsung tidak mengenalinya. Dan Alyn?Memilih untuk berpura-pura seperti tiada apa yang pernah berlaku diantara mereka.Sejauh mana hati mampu berbohong jika perasaannya membuak-buak!
"Kau lagi?Ingatkan dah berambus dah."-Adam Ishan
"Haah,teman lagi.Ngape?Kalau teman kerja dekat sini,mike ade masalah ke?"- Intan Aralyn
"Apa nama kau,Ayin?Akin?Alien?"-Adam Ishan.
Setiap pertemuan hanya menyalakan api pertengkaran.Setiap kata yang terucap hanyalah ego yang saling bertembung.Dan perjumpaan mereka tidak lama hanya sekadar pengenalan antara dua insan yang mempunyai api yang membara!Dan akhirnya takdir membawa mereka ke laluan masing-masing.
Setelah beberapa tahun lama berpisah, mereka dipertemukan kembali pada tempat dan waktu tidak dijangka!Adakah mereka memang ditakdirkan untuk bertemu atau sekadar ujian bagi mereka berdua?Semakin Alyn cuba menjauh,Adam berusaha mendekat.
"Saya ni tak pasti,hadirnye awak dalam hidup saya seperti hadirnye Yusuf buat Zulaikha atau sekadar ujian yang saya kena tempuhi?"-Intan Aralyn
"Alyn,aku mungkin bukan Yusuf buat Zulaikha yang kau cari,tapi aku Adam. Adam yang tercipta buat Hawanya."- Adam Ishan
Mampukah Adam menjaga Alyn walaudimana dia berada dan menempuhi segala dugaan kelak??