"Jika percaya kata-katanya, maut padahnya." Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di Pulau Penantian. Program mencari harta karun adalah satu taktik untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke pulau yang indah itu. Namun, setelah mereka sampai ke sana sesuatu telah berlaku. Tanpa mereka sedar ada makhluk yang sentiasa merayap di pulau itu sambil memburu mangsanya. Jika tersalah langkah maut padahnya. Berjayakah mereka keluar daripada pulau itu dengan selamat ataupun hanya maut sahaja jalan keluarnya?