Ada orang, mereka cintakan hujan. Bagi mereka, melihat titisan-titisan air kecil yang jatuh ke bumi itu menyenangkan.
Ada juga yang cintakan matahari. Sinarannya menggembirakan. Menyalur keceriaan dalam sanubari.
Tapi aku,
Cintaku pada malam tak pudar. Kegelapan, kesunyian waktu itu membuat aku menjadi aku.
Bintang terang tunggulah aku. Aku dahagakan kerlipan indahmu, satu-satunya yang mampu menerangi hati ini yang lama kelam.
Aku adalah milik kegelapan itu. Sehingga nanti bintang datang, memberi jawapan pada semua persoalan yang memeritkan ini.
Suatu hari semuanya akan berakhir...
1st Tengku the Series
Cover: @Marleneith
Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene membuat hati lelaki Tengku Ferhad terusik tanpa sedar. Anaknya Helena Malaiqa pun suka pada Eirene.Bonus untuk Tengku Ferhad memiliki gadis itu.
"Dasar singa pencen! Perangai diktator! Eeee malang betul lah!"-Eirene Anfisa
"Tumbuk lah kalau berani. Hidup yang tak berapa nak malang tu karang bertukar jadi malang seumur hidup"-Tengku Ferhad Mateen
Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda ujian. Walaupun badainya tidak sekuat mana, namun kepercayaan Eirene mulai goyah juga akhirnya.
"You yakin yang you betul-betul kenal siapa suami you?"- Cailey
"Apa alasan yang saya ada untuk tak percayakan dia?"-Eirene Anfisa
"Why should I be disappointed like this Eirene Anfisa?"-Tengku Ferhad Mateen