We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Erti Tulisan Terakhirku

Erti Tulisan Terakhirku

  • WpView
    Reads 385
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Apr 21, 2019
WpInfo
Fiction
Romance
" Azan , kenapa kau biarkan diri kau di permainkan orang kaya seperti Hidawi? bukankah engkau lebih cerdik akalmu daripada Hidawi yang hanya membabi buta belajarnya? " marah Affaz kepada aku. Aku tersenyum kepada soalan Haffaz yang masih melontar kata-kata kurang baik kepada Hidawi yang terang lagi nyata mengejekku sebentar tadi. " Affaz saudaraku, bukankah Hidawi itu memang terkenal orangnya di kampung kita? Jadi, tidak ada masalah baginya untuk berkongsi cerita mengenai hartanya, malah aku berdoa agar hidupnya lebih barakah. Apa lagi , buang masa sahaja kau mengutuknya Haffaz, makin banyak dosa engkau." Azan seorang jejaka kampung yang tiada mempunyai sebarang harta malah bekerja di ladang ternakan milik bapa Hidawi yang sememangnya terkenal di kampung kaum Melayu itu. Azan bekerja demi bapanya, Abduh sudah meningkat tua dan mula menunjukkan dirinya sakit. Dalam diam, Azan memiliki rasa cinta terhadap Cempaka yang merupakan anak kepada ketua kampung tetapi ketua kampung iaitu Tok Kabir tidak menyukai Azan kerana bapanya. " Cempaka, aku berjanji aku berusaha untuk mengumpul duit-duit hasil ternakan ini untuk kita mulakan hidup baru. tumggulah aku, sesungguhmya, demi Allah, aku sangat mencintaimu. Balaslah surat ini, Cempaka sayang. Sudah 3 bulan aku menunggu hadir dirimu untuk membalas rindumu " Azan hampa. Sudah 6 bulan menunggu, tetap tiada berita daripada Cempaka. Sudah menghilangkah dia? Kenapa aku tidak tahu apa-apa? " Ilah dah cakap abang... Tok Kabir dan keluarganya bercuti di pekan. Kata orang kampung, ada orang hendakkan si Melati, kakaknya Cempaka. Orang bekerja British! Laknat betul Tok Kabir." " Tetapi Ilah, hati abang tidak senang. Abang takut Cempaka di ambil orang Ilah" Bersuasana tahun 1930, aku menanti dirimu di kampung yang semakin menua ini. Ku tunggu dirimu datang bersama hati yang rindu dengan wajah manismu. Tetapi semua nya hancur bagai anai anai memamah kayu-kayu yang terbiar. Erti hatiku engkau telah salah mentafsir.
All Rights Reserved
#484
malay
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Aku + Kau = Syntax Error! ✔️ COMPLETE
  • 𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C
  • Eternity Love [BAKAL TERBIT]
  • 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
  • MR. ASH SEBELAH RUMAH
  • B1: Rayqa Haneesya Mrs. Lais (OG)
  • CINTA HATI ALI
  • Aku Bulan Dia Bintang
  • Ada Cinta Untukku

"Ara, tak baik kamu paksa-paksa abang dan kakak kamu buat apa yang mereka tak nak, sayang." Datin Diana yang sedang mengupas buah epal di sisi katil hospital anaknya, berkata lembut. Ara yang sedang menikmati buah epal manis, berhenti mengunyah. Dahinya berkerut. "Apa yang Ara dah buat? Ara tak ada paksa apa-apa pun, ma." Dia langsung tiada idea akan apa yang mamanya cuba sampaikan. "Bukan kamu yang paksa Dameer buat tu pada Mia?" Datin Diana merenung wajah anaknya. "Abang Meer buat apa pada kak Mia?" -------- Naqif menghulurkan buku nota kecil kepada Damia. "Abang terjumpa ni masa kemas beg-beg yang agensi umrah hantar ke rumah haritu. Mia bacalah," Damia tidak berfikir apa-apa, dia mengambil buku itu dan terus membacanya. "Ya Allah, aku direzekikan untuk berteleku di Raudhah. Di tempat suci ini, aku bermohon pada-Mu..." Hatinya sebak sambil dia terus membaca catatan itu. "... Damia Nurnasifa, Kau limpahkannya rahmat dan kasih sayang-Mu. Bimbingnya dalam setiap tindakan dan keputusannya. Kurniakan dia suami yang terbaik bagi dirinya. Yang mampu membimbingnya lebih dekat kepada-Mu." Damia menangis. Ya Allah, kesemua yang berlaku hanyalah asbab untuk takdir terindah-Mu. ~ Daripada cik penulis🤭, 1️⃣ Ini ialah cerpen. So, plot ringkas, simple dan santai. 2️⃣ Cerita ini saya tulis pada tahun 2013. Ya! 8 tahun yang lepas! Masa tu saya masih di menengah rendah! Hahaha 3️⃣ cerita ini saya pernah hantar dekat website Penulisan2u masa tahun 2013 tu and it was published. Dan saya pun pernah post dekat blog saya juga. So kot-kot anda pernah terjumpa/terbaca, maka ketahuilah saya tidak memplagiat, saya penulis sebenar cuma saya terbitkan di platform ini pula. Tetapi tajuk yang sebelum ni agak berbeza dengan yang kali ini. 4️⃣ Masa baca tu nanti, bayangkanlah suasana tahun <2015 yang mana masa tu tak ada Grab, FoodPanda, Shopee, dan of course, no Covid-19, yo! Selamat membaca!

More details
WpActionLinkContent Guidelines