Semua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia' dalam hidup aku.. Perasaan itu seperti kembali. Dia membuatkan aku ingin melindunginya sehingga akhir hayat aku. Dia membuat jantungku berdegup laju kembali. Dia membuat bibirku mengukirkan senyuman yang telah lama tidak terukir pada wajahku. Dia seperti menghidupkan aku yang telah lama mati semula. Dia kembalikan diri aku yang dulu. Dia, pembawa Euphoria aku. "Aku sayang kau. Please, i'm begging you.. Don't leave me. " "Saya minta maaf kook.. " "Selangkah kau tinggalkan aku, Aku mati. " setitis air matanya menitis keluar dari tubir matanya. Air mata yang telah lama tidak mengalir. Tangannya menggenggam penumbuk menahan perasaan. Urat urat leher timbul. "S-saya.. " Bertahan lamakah 'Euphoria' Jungkook? Ataupun ia hanya singgah sahaja dan membuatkan perasaan Jungkook makin tersiksa? Nantikan.. ****** Hjshskshsj sorry description macam hawau 😑 Cover by; me 😘 Start : 23 January 2019 End : -All Rights Reserved