Malika tidak pernah menduga bahawa dia akhirnya bergelar seorang guru. Cita-citanya sejak kecil bukanlah guru tetapi seorang puteri yang duduk di rumah goyang kaki sambil menonton televisyen. Pendek kata, dia hanya mahu menjadi penganggur sahaja. Cukup masa, kahwin. Namun, ayahnya bukanlah dalam kalangan konservatif. Ayahnya pengetua tersohor. Hidup Malika terletak ditangannya. Maka, bergelarlah Malika seorang guru. Cabaran yang diterima oleh Malika bukan calang-calang setelah dia ditempatkan di sebuah sekolah yang terlalu istimewa tahap disiplinnya. Muridnya setan dan Malika? Malika sahut cabaran! "Cikgu! buat apa nak mengajar kalau kami tak nak belajar? Jangan buang masa, cikgu!" Laung si dia yang berkemeja putih, dibiarkan terkeluar dari seluar dan tidak bertali leher. Namun rambut tersisir kemas mengikut gaya terkini. "Saya tak buang masa saya tapi awaklah yang buang masa awak. Kalau tahu taknak belajar kenapa buang masa datang sekolah?" Malika membidas. Pedas! "Hoooo....Cikgu masih baru kat sini, jangan kurang ajar cikgu! kitaorang ni senior! Cikgu tak kenal siapa saya!" Si dia mulai bangun dan menolak kerusi di hadapannya dengan kaki. Gaya samseng filem-filem Hong Kong. "Eh,tak! Saya tak akan kurang ajar tapi saya akan lebih ajar. Okey? Jangan risau seniorrrr...! dan saya akan beri sedikit masa saya...hmm...mungkin 30 saat kalau awak mahu memperkenalkan siapa awak!" Malika pantas melihat jam di pergelangan tangannya. "Silakan!" Dia pantas mengira detik. Si dia mendesis! Mata bertentang mata! Suasana dalam kelas itu senyap serta merta! Semua tahu! Ada peperangan bakal tercetus! ...... Cerita 100% nurmisyakimi JanganCiplak✨All Rights Reserved