◆◆◆ " DIA PLAYGIRL, SOMBONG, BERLAGAK BAGUS, PERASAN CANTIK DAN SEMUA YANG BURUK ADA PADANYA. TAPI BAGI AKU, DIALAH WANITA TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA " Puteri Layla merasakan kehadiran Hilman Daniel dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila gila mereka berterusan apabila Puteri Layla mendapat tahu Hilman Daniel sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Layla telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hilman Daniel menjaga Puteri Layla. Dapatkah Puteri Layla tinggal bersama Hilman Daniel? Dan bagaimanakah Hilman Daniel menghadapi perangai Puteri Layla yang gila gila bahasa itu?