Kalau yang namanya mengada macam nak apa, tiap kali nak keluar mesti berteman. Tak lain kalau bukan Azrin. Dari kecik membawa ke besar, perangai tak serupa matang tu di bawa kemana-mana. Alasan tak selamat pergi sendiri acah ada stalker ikut kehulu kehilir. Ah, sembang seorang Azrin.
Si peneman setia yang kononnya dah termaktub perjanjian berdarah sehidup semati ni namanya Nana. Ikutlah ke mana pergi anak teruna orang. Waima nak ke tandas pun, jujur luhurnya dia meneman sampai ke pintu. Bak kata Azrin, Nana memang separuh jasadnya cuma yang membezakan mereka ialah jantina sahaja.
Che Mariam pening kepala. Nak di tegah, jawapan masing-masing padu siap fakta. Nak di halang, apakan daya mereka berjiran. Akhirnya mesyuarat meja bulat terpaksa dilaksanakan. Keputusan perlu disepakati.
Dan akhirnya Nana terduduk terus. Azrin?
"Tuhan saja yang tahu perasaanku, berperang dengan suasana," ceh!