Kalau bintang yang kerdil pun boleh bagi seri pada malam yang kelam, maknanya segelap mana pun hidup kita masih ada harapan walaupun kecil. - AERA
☆ ☆ ☆
Tutup buku lama, buka lembaran baru bukanlah ungkapan yang mudah direalisasikan dalam kehidupan Aera. Dia sudah sorok kisah silamnya daripada orang lain. Sehabis baik dia cuba lupakan semua memori pahit masa dahulu namun lelaki psiko yang telah mensia-siakan usia mudanya kembali menganggu Aera. Gila Aera jadinya.
" You don't trust me anymore, do you?" - DANIM
" Bodohnya aku kalau masih ada kepercayaan pada kau." - AERA
Kehadiran jejaka Korea, Alex yang muncul tiba-tiba pada mulanya melembutkan hati Aera. Tetapi, kelakuan Alex yang suka memandang dari jauh buat Aera rasa tak selesa. Apatah lagi bila dapat tahu Alex sudah kenal dia terlebih dahulu. Cukuplah Danim sahaja jadi pembawa masalah, kenapa perlu tambah seorang lagi?
Bila Alex mula tunjukkan sisi protective, Aera tak dapat nafikan lagi, dia jatuh suka. Tambah pula dengan gelagat Alex yang mencuit hati. Tahulah dia lelaki itu bukan pengecut tetapi pemalu. Alex kini ibarat bintang yang menyinari hidupnya yang kelam.
"Aera tahu kan, dalam dunia ini hanya ada dua golongan manusia. Kalau bukan lelaki, siapa lagi yang akan lindungi wanita?" - ALEX
Sekian lama Alex menyimpan rasa, mana mungkin dia sia-siakan Aera begitu sahaja? Walaupun perlu berdepan dengan si psiko, Danim, dia sanggup asalkan Aera terjaga.
Alex dan Aera tiada ikatan istimewa namun yang mengikat mereka hanyalah setia. Ujian persahabatan dan keluarga datang menjengah kehidupan mereka berdua. Perasaan sayang tidak lagi menjadi tonggak utama. Dan, seandainya Alex tahu siapa Aera yang sebenarnya, masihkah dia setia?
🏆 The Creative - ICE AWARD 2019
💚 Highest ranking :
#1 in bintang
*Mature content melibatkan 'mental health' , 'fight scene' and 'physical abuse' SAHAJA.
Berlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab.
Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum dan ceria. Dia bekerja sebagai pengawal utama Raja Pasha.
Darma sukma yang dahulunya rakyat biasa, tiba-tiba dijemput ke istana dan disahkan sebagai putera raja tunggal yang hilang 25 tahun lalu. Apakah muslihat disebalik semua peristiwa ini?
Pertemuan Darma dan Arjuna yang tidak dirancang sama sekali, menjadikan mereka akrab dan menempuhi pengembaraan bagi menemui jawapan di sebalik kehilangan putera tunggal itu 25 tahun lalu.
Adakah Mawar turut ada kaitan dengan mereka?
Jangan lupa sokong dan vote cerita rakyat saya😍 Thanks semua..