Mengisahkan pengembaraan tujuh orang remaja yang telah sesat di sebuah hutan akibat daripada kedegilan mereka sendiri.Satu persatu konflik menimpa mereka hingga menyebabkan persahabatan mereka hampir retak.Mereka mula menuduh dan menyalahkan antara satu sama lain.Tanpa mereka ketahui, mereka dapat menemui jalan keluar jika mereka bersatu dan bekerjasama.Persoalannya, adakah mereka dapat keluar daripada hutan itu?