Dia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah, selamatkan aku dari orang-orang jahat itu, Ya Allah." Dada Murni bagai nak meletup kerana debaran dan ketakutan yang melanda. Mujur dia sempat menyorok disebalik tong sampah besar di belakang bangunan itu. Bau meloyakan yang terbit dari lelehan air sampah membuatkan dia menekup hidung dan mulut dengan kedua-dua tangannya. Tekak mula kembang dan perut turut memulas.... Ikuti kisah Murni seterusnya....