Cinta Versi Dia

Cinta Versi Dia

  • WpView
    Reads 3,630
  • WpVote
    Votes 75
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Jun 15, 2019
Rafael dan Fia Zinnirah. Mereka couple sejak zaman sekolah. 7 tahun lamanya cinta bersemi. Mereka sepakat mengikat cinta dengan ikatan perkahwinan. Sayangnya di saat majlis menyatukan mereka bakal berlangsung 4 hari sahaja lagi, Rafael tiba-tiba buat keputusan gila mahu undur diri sekaligus membatalkan majlis itu. Dengan alasan yang paling Fia tak boleh terima. Hebatnya perancangan Allah buat Fia, pada hari yang sama Rafael pergi dari hidupnya, takdir tiba-tiba bawakan seorang lelaki kacak bergaya bernama Fareel Arjuna lengkap bersama tawaran yang tidak terjangkau dek akal. Akibat terdesak, Fia terima tawaran Fareel tanpa mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu. Bagi Fia, dia menganggap lelaki itu kiriman Tuhan yang tiba tepat pada waktunya untuk menyelamatkan maruah dia dan keluarga akibat perbuatan tak bertanggung jawab Rafael. Kata orang, cinta boleh dipupuk. Walau tidak mengenali Fareel sebelum ini, dia tekad memupuk cinta buat lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Sayangnya harapan Fia tak kesampaian. Cinta yang dia hulur dipandang sepi sang suami bidan terjun itu. Sikap dingin Fareel terhadapnya setiap hari buat dia makan hati. Puas dipikat puas digoda. Fareel tetap beku bak ais. Malah Fareel tak pernah sekali pun menyentuh Fia selayaknya seolah-olah antara mereka ada jurang yang cukup besar. Bahagia yang didamba makin tak tergapai. Dalam derita, Fia cuba bertahan demi rumahtangganya. Kemunculan seorang lelaki di rumah mereka pada suatu malam yang memperkenalkan diri sebagai kawan baik Fareel iaitu Luq, membongkar rahsia besar Fareel. Kenyataan yang terhidang depan mata membuatkan Fia menggigil. Fia lari membawa hati yang parah. Saat berjauhan daripada suami, sekali lagi takdir datang menduga Fia. Pertemuan semula dengan Rafael menambah sengsara yang sedia ada. Lebih memeritkan apabila mengetahui cerita sebenar daripada mulut Rafael. Benci dan simpati bersatu dalam diri. *NOVEL INI DAH KELUAR VERSI CETAK. HANYA 10 BAB AWAL SAHAJA DIPAPARKAN DI SINI*
All Rights Reserved
#9
suamiisteri
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • ADAKAH MASIH CINTA
  • 𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘 | COMPLETED
  • Suratan Takdir Untukku
  • Mencintaimu Hanya Seketika (EBOOK)
  • Tertulis Di Tangan Takdir
  • TAUFIQ : RISKY LOVE [C]
  • Bukan Untuk Dimiliki
  • 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
  • Pikat Hati Dia

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan perasaan Farrahani. Lelaki itu terpaksa berbohong demi kebaikan dan masa depan yang baik buat wanita yang sangat dicintainya. Megat Haneef yang memegang amanah abangnya berlaku khilaf. Seorang isteri yang sepatutnya disanjung tinggi, dicela dan dipukul. Megat Faris cuba menyedarkan Megat Haneef yang berlaku kejam pada isteri sendiri. Megat Haneef yang baru menyedari kesilapan dirinya mula memberi kasih sayang serta kelembutan buat isteri. Wanita yang sebelumnya dipukul dan dibuli kini dibelai lembut. Namun bahagia mereka hanya sementara apabila kekasih Megat Haneef kembali ke tanah air menuntut janji. Atas desakan Farrahani, Megat Haneef akur. Rumah tangga bersama kekasihnya, Elliey dibina. Farrahani dianggap orang gaji dan mereka tinggal sembumbung. Malangnya, rahsia yang disimpan tidak kekal lama apabila hubungan Megat Haneef dan Elliey diketahui Elliey. Farrahani didera dan difitnah Elliey menyebabkan Megat Haneef mula ragu. Kemalangan yang menyebabkan Megat Haneef lumpuh kini membuka kembali matanya. Namun, tidaklah mudah untuk menegakkan kepercayaan apabila bukti berada di depan mata. Farrahani yang hamil diperlakukan kejam oleh Elliey sehingga wanita itu keguguran. Farrahani bertekad keras. Elliey harus terima balasannya. Segala baiknya tidak dihargai jadi perlu apa lagi dia berbuat baik? Elliey dikerjakan sepuas hati sehinggalah kebenaran fitnah yang lalu terbongkar. ⚠️ 2018 copyright

More details
WpActionLinkContent Guidelines