ο·½ - SYUHADAH 14th book Apabila senyuman menjadi penawar terakhir untuk dunia yang sedang nazak. Malaysia pada tahun 2100. Bermulanya Perang Virus Ke-4 (PV-4) yang menyebabkan satu demi satu tubuh manusia rebah dalam diam dan mati perlahan-lahan. NIV-1. Virus neurologi ciptaan manusia yang merupakan senjata rahsia negara. Tetapi senjata ini berpaling arah dan menyerang rakyat sendiri. "Kawthar... kau pilih untuk jadi baik. Tapi dunia ini tidak memilih yang baik untuk menang." Muncul pula seorang anak kecil yang dilahirkan sebagai anak kepada seorang saintis paling genius dalam negara, namun hidupnya tidak menjanjikan kebahagiaan. Bahkan dimulakan dengan tangisan dan kematian. Sepanjang hidup, dia hanya dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian. Membaca dan menulis? Dia tidak tahu. Faham apa yang berlaku sekeliling? Juga tidak. Yang dia tahu, bila dia dipukul, dia akan senyum. Dan dia akan menganggap mereka sebagai 'kawan'. Kadang-kadang, dia mengukir senyuman sambil air matanya turun perlahan-lahan ke pipi. Masyarakat sering menuduhnya gila dan mengatakan bahawa dia merupakan bala yang diturunkan kepada keluarganya. "Budak tak betul!" "Dia tak layak masuk dalam masjid ini. Bawa malang saja!" Mereka menghinanya. Mereka mengejeknya bodoh dan tidak waras. Sedangkan dunia tidak tahu, dalam tubuh lemah itulah tersembunyi penawar bagi virus paling kejam dalam sejarah peradaban manusia. Dan ketika dunia hampir nazak, mereka akhirnya mencari semula apa yang mereka pernah buang. Iaitu seorang anak cacat yang tidak tahu cara untuk membenci. "Aku dikurniakan ilmu oleh Allah untuk memberi manfaat, bukan untuk membuat kehancuran." Terimalah, NIV-1. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 2 JULAI 2025 END: idk ;)
More details