The Greatest Angel √ | COMPLETED
44 parts Complete [Fantasy + Humor]
✔3𝔯𝔡 𝔭𝔩𝔞𝔠𝔢 𝔬𝔫 𝔣𝔞𝔫𝔱𝔞𝔰𝔶 𝔰𝔱𝔞𝔯, ℜ𝔢𝔞𝔩 𝔖𝔱𝔞𝔯 𝔄𝔴𝔞𝔯𝔡 2020🎖️
Magical war pertama yang berlaku pada 500 tahun dahulu telah membuatkan kesemua penduduk Live Country iaitu country yang mempunyai kuasa mengawal alam, pergi pada tragedi hari itu.
Kehadiran seorang remaja bermata hitam, Kiran menjadi pertanyaan dan cacian orang ramai. Menjadi pertanyaan kerana matanya berwarna hitam seperti penduduk Live Country yang tidak tersisa lagi di dunia disebabkan peperangan yang berlaku.
Namun, saat melihat warna kulitnya yang bukanlah putih pucat, hinaan mampir seiring dengan kata kejian kerana bagi penduduk Eyes Country, mata berwarna hitam itu dianggap malang. Dia hanya akan membawa malapetaka sahaja kepada mereka.
Meskipun begitu, dengan adanya Jack, si jejaka bermata biru, tidak ramai yang berani mengganggu Kiran.
Pelbagai tragedi menggoyahkan semangat Kiran untuk terus hidup namun disebabkan Jack yang setia berada di sisi, dia terus tabah.
Ramalan yang telah dilakukan oleh kesemua peramal Star Country membuktikan bahawa sang raja kegelapan sedang berusaha membangkitkan kembali perang Magical.
Sehinggalah... Ianya benar-benar tercapai mengikut kehendaknya.
Apakah yang akan berlaku kepada Magical Kingdom? Adakah akan adanya pertumpahan darah yang lebih dahsyat bagi perang kali ini?
© Karya pertama Dinnaz_
Mula : 9 Februari 2019
Tamat : 16 Mei 2021
Suntingan
Mula : 18 Jun 2021
Tamat : 3 Jun 2024
Kulit buku disunting oleh : @Dinnaz_