Selamat datang ke Wonderland. Dunia yang indah di permukaan, namun penuh perangkap maut, ilusi gila, dan teka-teki yang menuntut nyawa.
Kerajaan telah melancarkan "The Survival Game", program misteri yang mewajibkan setiap negeri menghantar seorang lelaki dan seorang perempuan berumur 18-25 tahun. Mereka bukan sekadar peserta - mereka adalah bidak dalam permainan kejam yang menguji keberanian, kecerdikan, dan naluri bertahan hidup.
Apabila pintu Wonderland menutup di belakang mereka, tiada jalan pulang. Setiap sudut penuh cabaran: maze hidup, makhluk aneh, kad permainan yang menentukan hidup dan mati, dan pengkhianatan yang muncul dari rakan sendiri. Hanya mereka yang cukup berani, cukup pintar, dan cukup kuat akan dapat keluar.
Namun, Wonderland bukan sekadar permainan - ia menyimpan rahsia gelap kerajaan dan kuasa yang mengawal dunia nyata. Setiap langkah peserta mendedahkan misteri yang lebih besar, dan setiap nyawa yang hilang membawa mereka lebih dekat kepada kebenaran yang menakutkan.
Dalam dunia di mana setiap detik boleh menjadi detik terakhir, siapakah yang akan selamat? Dan siapakah yang akan menjadi mangsa Wonderland?
Memiliki tubuh badan yang besar dan penuh cela bukanlah kehendak manusia. Malah, hanya kesempurnaan yang didambakan, hanya keistimewaan yang didahagakan.
Dibalik wajah polos seorang gadis, dia punya angan dan cita-cita yang tinggi. Dia juga punya target yang mahu dicapai, iaitu hidup di atas dunia yang penuh fantasi. Dunia yang penuh dengan kebahagiaan tanpa pernah menuntut kesempurnaan. Dunia yang mustahil untuk terwujudkan, malah tidak pernah terjangkau dek akal fikiran.
"Saya dah jatuh cinta dengan tempat ini. Jika diizinkan Tuhan, saya ingin terus menetap disini." - Aaliesha Aneira
"Ini bukan dunia kamu, kamu perlu tinggalkan tempat ini. Dunia kamu tak akan pernah mampu bersatu dengan dunia beta." - Alfarizqi Afzal
"Bagaimana pula dengan kita? Mustahilkah untuk kita menyatu?" - Aaliesha Aneira
Kebersamaan antara mereka sedikit demi sedikit telah meruntuhkan benteng perasaan yang dijaga. Perasaan cinta yang kian mekar hanya mampu didiamkan sahaja. Disaat ada sinar kebahagiaan yang hampir dikecapi dua hati, hadir sesuatu yang mula mengganggu gugat cinta yang hampir kuat tersimpul mati.
Dua jiwa dari dimensi yang berbeza...
Mampukah mereka?
Fantasi Mimpi, sebuah hikayat yang telah diberi nafas baru.
Start : 7/3/2023
End : 22/1/2025