NORA ADLINE & RAIFELL FERNANDEZ STATUS:HIATUS Selalunya yang kita dengar apabila pasangan yang menyambung pelajaran ke luar negara akan curang. Tapi bagaimana pula dengan kisah Nora Adline? Pulangnya ke tanah air setelah empat tahun menuntut di universiti negara Kanada hanya mendapat berita duka. Pulangnya untuk menuntut janji si tunang hancur begitu sahaja apabila tunang yang dicintainya telah selamat bernikah dengan wanita lain. Hubungan yang terjalin hampir berbelas tahun lamanya musnah begitu sahaja. "Apa ni Raif?! Kenapa you buat I macam ni?!!"- Adline " I minta maaf baby. I tahu I salah. Tapi you jangan risau I akan tetap kahwin dengan you. I akan ceraikan Evva selepas dia bersalin."-Raifell Namun Nora Adline bukan sebodoh itu. Rasa sakit dikhianati menimbulkan rasa dendam. "Lin tanya, Rayyan masih cintakan Lin?"-Adline " Mustahil kita dapat lupakan cinta pandang pertama kita kan?"-Rayyan "Then, kahwin dengan I."-Adline Pucuk dicita, ulam mendatang. Nora Adline dan Rayyan Fernandez selamat diijab kabulkan. Dan Raifell bagai orang nanar apabila wanita yang dia cintai dulu berkahwin dengan abangnya. Namun, semuanya berpunca dengan dirinya juga. Eh, bukan dia. Semua perpunca daripada Evva?!! "Kau tak kan mampu lindungi Adline macam mana aku lindungi dia, Rayyan! Dan aku tak sangka abang aku sendiri sanggup tikam belakang aku?!!!"-Raifell "Siapa yang tikam siapa sekarang ni? Kau yang tikam Adline kau salahkan aku pulak? Aku rasa sejak dari dulu lagi Adline tak layak untuk lelaki macam kau."-Rayyan " Hidup aku tak kan tenang selagi Adline tak mati."-Evva Maviana Martinez "Kau dah dapat Raifell. Apa lagi yang kau nak?-Jeslyna "Aku hanya dapat jasad dia. Bukan hati dia."-Evva Setelah mengetahui kebenaran yang satu, hidup Nora Adline mula berkocak. Bahaya sentiasa mengancamnya. Malah, kenyataan yang satu itu lagi menyakitkan. Dia bersuamikan seorang keturunan mafia?!!!!!! ~100% my own idea ~no copyright allowed