"Hello tomorrow."
Khaira Hajar, berkhidmat 38,000 kaki di awan biru dengan secangkir senyuman yang sentiasa diukir bersama kesungguhan. Tanpa restu embah, dia tetap mengatur langkah ke seluruh dunia bersama topi merah berselendang putihnya.
Hassan Ibrahim, pegawai kastam 'hot stuff' Terminal 3, Dubai International Airport menutup pintu hati setelah isteri tercinta, Laila Maitha Al-Zayed pergi dari hidupnya. Kendatipun warga Emirates sentiasa mencari jalan untuk memikat lelaki setegas Umar Al-Khattab, hatinya cukup sukar untuk dicuri. Hari-harinya dipenuhi dengan kes heroin, penyeludupan barang terlarang dan integriti yang tinggi.
"Miss, are you okay?" -HASSAN IBRAHIM
"Aku terlanggar badan orang ke dinding ni?" -KHAIRA HAJAR
Pertembungan di Terminal 3 menemukan dua hati yang remuk setelah dipersiakan, membawa mereka kepada satu lagi cubaan mencari cinta sejati. Sisi tegas namun prihatin Hassan menghuni mimpi indah Hajar, senyuman bibir merah Hajar bersulam haruman Chanel Coco melekat di ingatan Hassan.
Hanya berbalas pandangan mata setiap hari, tidak sekali pun bertegur sapa kerana hormat, Hassan mengorak langkah pertama yang mengubah segalanya. Lelaki itu yang menyelamatkan nyawa si kru kabin sewaktu dikasari seorang penumpang mabuk.
"If Prophet Ibrahim and Hajar are meant to be together, what about us?"
Tentangan keluarga mengatasi segalanya. Sabotaj menggoyahkan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka bertahan dengan sayap cinta yang patah dek meredah segala fitnah? Adakah langit yang cerah untuk mereka berdua?
Dubai menjadi saksi, untuk cinta yang hakiki.
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo".
Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan.
Start : March 17,2024.
End : January 5, 2025.
✨