21/10/2018 hari bersejarah dalam hidupku, membuat keputusan untuk berhijrah dibumi arab. Akhirnya aku berada dibumi arab di kota ibu negara arab saudi iaitu riyadh. Khidupanku berjalan seperti biasa cuma sedikit rasa janggal dengan kehidupan masyarakat disini, jauh berbeza berbanding dengan masyarakat dimalaysia. Apapun hidup ditempat orang harus berfikir dengan lebih jauh, ada baik dan ada buruknya. Nyata kata orang tentang masyarakat disini ada betulnya. Untuk pengetahuan semua, masyarakat arab disini kehidupannya mereka tidak sperti kita bayangkan. Mereka jauh lebih jauh kebelakang dalam segi atitud kehidupan, mereka hidup bagaikan masih ada golongan jahiliah. Tetapi tidak dinafikan ada juga segelintir yang memahami adab bermasyakat, dari sudut agama mereka hnya mengambil sesetengah apa yg mereka rasakan penting, dari sudut solat berjemaah dan bab mengimarahkan masjid memang harus dipuji tetapi bagi aku sebagai pemerhati disini, semua itu hanya rutin yg sudah didisiplinkan sejak dari dulu, hakikatnya mereka masih dengan dunia jahiliah mereka. Kini aku sudah genap sebulan disini, masih banyak yang aku harus pelajari dari kehidupan ditempat orang, bagiku semuanya menjadi ilmu dan pengalaman yg berharga... #bumiarabriyadh #hijrahdiri #sebulansudah