[ Musim Kedua ]
Hasrat seorang lelaki miskin yang bernama Hadi Iman yang ingin menyambung pelajaran telah ditunaikan oleh kekasihnya iaitu Zafran Mikail. Alangkah bertuahnya nasib Hadi Iman setelah menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki kaya itu.
Kisah percintaan antara dua insan ini berterusan apabila kedua-dua mereka telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di negara sejuk iaitu Australia. Namun begitu, gelora dan badai menerpa percintaan mereka yang baru sahaja terbina. Mampukan Hadi Iman dan Zafran Mikail menempuh cabaran tersebut bersama?