NUR IDDYA MELISSA...Sungai Melaka yang gah menjadi tempat pilihannya untuk membunuh diri. Dia terlalu kecewa dengan cinta. Namun ada yang prihatin akan keselamatannya.
"Awak, jangan!" -Izdham
"Jangan awak berani-berani nak halang saya! Pergi! Saya tak ada urusan dengan awak!" - Melissa
"Awak tak takut dibaham buaya ke?..." - Izdham
"Buaya ke, tak buaya ke, saya punya sukalah nak buat apa pun!" - Melissa
UMAR IZDHAM SYAH...Gadis seiras Zooey Deschanel itu menjadikan dia sanggup merentasi gunung bersalji. Sejak pertemuan pertama yang tidak manis itu, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandinya juga tak basah. Sikap dingin dan beku Melissa tidak pernah mematahkan semangatnya.
"Awak nak apa sebenarnya ni Izdham? Saya rimaslah macam ni." - Melissa
"Saya nak awak. Kita kahwin jom?" - Izdham
Saat huluran kasih Izdham Syah ingin bertaut, Melissa menepis sehabis usaha, serik maruah dan keluarganya dihina. Berkali-kali Izdham mencuba. Namun tika hatinya yakin cinta gadis itu miliknya, dia diduga. Sangkanya Melisa berpaling pada memori silam. Tapi sebenarnya dia yang tersalah sangka.
"Okay, kalau awak tak suruh saya datang... saya baliklah. Jangan lupa, datang majlis saya ya!" -Melissa
Potongan apple caramel membentuk perkataan "Its you, I want!" yang dihiasi dengan bermacam jenis gula, coklat dan kacang di dalam bakul memberi jawapan pada cintanya.
Bahagia...namun, ikatan perkahwinan yang dimeterai hampir karam angkara Wan Zamilah. Nyawa isterinya pula menjadi taruhan. Saat dia tersedar daripada kekhilafan, isterinya pula hilang ingatan.
Menjadi pesakit Anterograde Amnesia dan Retrograde Amnesia, bukan suatu yang mudah untuk Iddya Melissa mahupun Izdham Syah.
Antara realiti dan angan-angan cinta, mampukah mereka bertemu semula di garisan memori demi menggapai bahagia yang hakiki? Rumah tangga yang dibina seindah warna syurga...mampukah dipertahankan sehabis daya, jika jalan cinta mereka penuh onak dan duri?
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .