With You... (Slow Update)

With You... (Slow Update)

  • WpView
    Reads 16,405
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Nov 21, 2023
Bukan mudah membengkokkan besi yang sudah sedia lurus dan keras. Namun dengan sedikit usaha, ia mampu bengkok juga. Seorang lelaki yang dihalau akibat difitnah, Azrul a.k.a Boy menjejakkan kaki ke bandar metropolitan untuk membawa dirinya sendiri. Akibat hasutan abang dan bapa tirinya, dia difitnah dan dihalau oleh ibunya sendiri. Boy berjanji, dia tak akan pulang semula ke tanah kelahirannya itu. Seorang kerani bank yang kacak, bertubuh tegap sasa, dan bekerja separuh masa sebagai jurulatih tinju, Faris Hayder berasal dari keluarga yang kaya raya. Namun pada usia muda dia memilih untuk berusaha sendiri dan tinggal berasingan dari keluarganya. Hubungan dengan abang kandungnya Faiq Harris yang goyah juga menyebabkan dia jarang pulang. Ketangkasan Faris menyelamatkan Boy dari dibelasah sekumpulan gangster merupakan permulaan perkenalan mereka. Dari orang asing, kepada kawan, kemudian menjadi sahabat dan akhirnya...
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • IMPIAN
  • Nafis X Khalis
  • Aku Cinta Pada Dia!
  • Cinta Mat Rempit
  • Fikri si Keliru (boyxboy)
  • PAPAKU, KEKASIHKU
  • RINDU TAK TERTANGGUNG
  • Hanya Dia Aku Cinta
IMPIAN

Pada mulanya, pertemuan mereka seperti satu kebetulan yang indah. Sebagai pegawai yang berpangkat tinggi, Aatif Johan tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan Danial Imran, seorang suami dan bapa dari kampung, akan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, segala-galanya berubah apabila mereka ditempatkan di bilik yang sama semasa Program Team Building anjuran jabatan mereka. Inilah titik permulaan yang membawa mereka ke dalam perhubungan yang penuh dengan harapan, namun dibayangi konflik yang datang tanpa diduga. Keadaan yang pada mulanya penuh kebahagiaan - di mana mereka saling mengenali dan mula menumbuhkan perasaan cinta - perlahan-lahan mula berubah. Aatif Johan, yang sebelumnya tegas dan rasional, mendapati dirinya terjerat dalam percintaan yang penuh dengan kesulitan. Sedangkan Danial Imran, yang begitu mencintai keluarganya, terperangkap dalam dilema antara isteri, anak-anak, dan perasaan terhadap Aatif. Kekangan ini mula meruncing, dan sering kali status Danial sebagai seorang suami dan bapa menjadi pemangkin kepada pertelingkahan antara mereka. Aatif menyalahkan takdir, berasa bahawa pertemuan mereka adalah satu kesilapan besar. Dia merasa terluka dan kecewa, kerana tidak dapat memiliki hubungan yang murni dengan Danial, disebabkan oleh tanggungjawab keluarga yang terlalu besar bagi Danial untuk tinggalkan. Dialog mereka meluahkan penderitaan dan konflik dalaman yang mendalam: Aatif Johan: "Takdir mempertemukan saya dengan orang yang salah. Mengapakah harus kamu yang dipertemukan oleh takdir untuk saya?" Manakala Danial Imran, terhimpit antara cinta kepada Aatif dan tanggungjawab terhadap keluarganya, Danial Imran: "Takdir mempertemukan kita berdua pada waktu yang salah. Saya tidak mampu untuk memilih antara dua. Awak mahupun dia."

More details
WpActionLinkContent Guidelines