Kita yang Dulu
sejak kecil, hannah dan abbas tak pernah berenggang. membesar di kampung yang sama , bermain di jalan yang sama, dan bergaduh tentang perkara yang sama.
bagi hannah, abbas bukan sekadar kawan baik. dia ialah budak lelaki yang selalu dia cari , selalu dia usik dan selalu dia risaukan.
tapi apabila usia mereka mula meningkat , perasaan hannah perlahan-lahan berubah. apa yang dulunya sekadar gurauan mula menjadi sesuatu yang lebih serius.
sedangkan abbas masih menganggap hannah sebagai kawan kecilnya.
dalam sebuah kampung yang menyimpan terlalu banyak kenangan , dua hati yang pernah begitu dekat bakal belajar bahawa membesar bukan hanya tentang perubahan usia , tetapi juga tentang kehilangan , perasaan yang tidak terbalas dan cinta yang mungkin datang terlalu lewat.
kerana ada sesetengah orang yang kita anggap akan sentiasa berada di sisi , sehinggalah suatu hari nanti , kita terpaksa belajar hidup tanpa mereka.