KENAPA BUKAN AKU?
  • Reads 731
  • Votes 4
  • Parts 9
  • Time 49m
  • Reads 731
  • Votes 4
  • Parts 9
  • Time 49m
Ongoing, First published Dec 24, 2018
Sepasang mata itu terbuka sedikit demi sedikit. Mata Dahlia pula semakin membesar. Mata lelaki itu berkelip perlahan. Dahinya berkerut seperti sakit. Dahlia sudah tak bernafas. Tangannya masih dalam genggaman lelaki itu. Tuhan!
Pandangan Zarim masih kabur. Tapi dia tahu, di sisinya bukan Bella. Gadis bertudung...
"Berry...!" 
This must be a dream. The best dream I've ever had, hati Zarim berbisik. I mustn't wake up. I don't want this to end... dia menggumam sendirian. Matanya dipejam semula. Jemarinya menggenggam tangan gadis itu seerat mungkin.
Lelaki ini dah sedar! Dahlia pejam mata rapat-rapat. Apa yang patut dia katakan? Dia buka mata semula. Tangannya masih di situ. Digenggam erat! 
"Err... Zarim...!" Perlahan dia menarik tangannya. Matanya memandang ke lain. Takut mahu melihat reaksi lelaki itu. Tapi Zarim tak mahu melepaskannya. Cepat Dahlia berkalih, menghunjam pandang tepat ke wajahnya. Mata lelaki itu masih terpejam rapat. Tapi Dahlia tahu dia sudah terjaga.
"Awak!"
"Berry..." keluh Zarim dalam senafas.
"Lepaskan tangan saya!"
"No..." Dia tak mahu lepaskan. Tak mahu buka mata juga.
"Zarim please!"
Zarim menghela nafas hampa. Bukan mimpi rupanya. Kalau bukan mimpi...? Matanya terbuka luas.
"Berry... apa awak buat kat sini? Kat bilik saya?" 

Dahlia bukan sebarang wanita. Dia mengidamkan watak Puteri Balqis yang bijaksana. Itu jugalah yang diharapkan oleh lelaki dambaannya, Syed Hanafi yang punya sepasang mata yang sentiasa tersenyum. 

Namun Zarim si kasanova mana tahu erti mengalah. Dahlia dihimpit spontan walaupun sentiasa berwajah ketat bila bersamanya. 

Tapi rupanya, pertandingan merebut Dahlia Berry itu tak sampai ke garis penamat. Mereka bertiga tiba-tiba terikat dalam satu ujian Tuhan. Hanya kemaafan dan redha menjadi ubat penawar untuk sebuah kedukaan yang panjang. Dan akur pada takdir itu rupanya satu kekuatan luar biasa untuk bangkit meneruskan sebuah kehidupan. Selagi belum bertemu garis penamat.
All Rights Reserved
Sign up to add KENAPA BUKAN AKU? to your library and receive updates
or
#4pertandingan
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
GXG SMUT cover
𝐒𝐒𝐧𝐠π₯𝐞 𝐝𝐚𝐝 ~ 𝐎𝐧𝐞𝐬𝐑𝐨𝐭𝐬 cover
πŸ”žαž αžΉαžš 2+3αž“αžΆαž‘αžΈπŸ₯΅πŸ”₯ cover
The Badass Mafia Queen: The rise of power cover
Short Novel 18+ cover
မောင့်ထိဂရုဢး!Horror! cover
WOSO Oneshot cover
Short Novel 18+ cover
Pretty boys | bxb, mxm SMUT cover
Indian short stories cover

GXG SMUT

8 parts Ongoing

These are GXG oneshots I've decided to write This book is kinky so if you're not comfortable with that.. im sorry this book isn't for you (G!P) [Intersex: A girl having a dick]