Tetap Dia Di Hati
  • LETTURE 138,266
  • Voti 5,527
  • Parti 49
  • LETTURE 138,266
  • Voti 5,527
  • Parti 49
In corso, pubblicata il gen 03, 2019
"Kalau aku tahu ni yang terjadi, kau ingat aku akan mulakan dulu? Kau tahu tak selama ni apa yang aku rasa bila ingat balik perbuatan aku? Aku rasa baik aku mati."

FALIQ NAZRAN- Dirinya tidak sempurna. Didikan agama yang diberi terbang saat diri berada di perantauan. Hidupnya bahagia dengan setiap dosa yang dicipta. Tapi kerana satu kejadian, kesedaran yang muncul sekelip mata mendatangkan rasa insaf.

ZAFRAN- Kahwin? Perkataan itu lenyap sebaik dia memikul tanggungjawab menjaga si ibu yang lumpuh dan cacat. Tapi bila seru berkahwin itu muncul, demi kehendak si ibu dia redha.

"Bila awak dah jadi milik saya, saya tak akan sia-siakan awak. Saya sedar tanggungjawab saya bila saya ada isteri nanti. Walaupun kita tak pernah bercinta, saya akan cuba untuk sayang awak."

AYUNI- Zafran adalah pilihan yang tepat. Walaupun berkahwin tanpa cinta dia bahagia dengan lelaki itu. Saat menyulam cinta, ujian terbesar datang melanda sehingga memutuskan hubungan mereka. Ayuni nanar saat sedar ada sesuatu yang berharga ditinggalkan Zafran untuknya.

Nazran muncul kerana amanah. Tapi disebabkan masa lalunya yang dipenuhi dosa membuatkan dia berubah menjadi pendiam dan dingin sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada Ayuni.

"Beli kat mana air tu?"
"Tak ada soalan cerdik sikit yang kau nak tanya?"

Kerana jodoh mereka bersatu. Tekad Nazran segala kisah lamanya akan menjadi rahsia sampai mati. Tapi kemunculan Aniza dengan seorang kanak-kanak lelaki telah membuka satu cerita lama. Bila kebenaran terungkap ada hati yang terluka dan ada insan yang dalam derita.

"Sebab saya nak mati dengan status seorang isteri."- Aniza

Kebahagiaan itu hilang sekelip mata. Kerana dosa lalu, tanggungjawab Nazran bertambah. Demi menuntut sebuah kemaafan ada hati yang perlu disakiti. Dan bila satu keputusan diambil, ada hati yang merana. Akan berbaloikah sebuah pergorbanan demi satu kemaafan?

*Cerita ni sudah terbit versi novel. Berminat untuk dapatkan boleh whatsapp 019-6174343 (KarnaDya)
Tutti i diritti riservati
Tabella dei contenuti
Iscriviti per aggiungere Tetap Dia Di Hati alla tua libreria e ricevere aggiornamenti
oppure
#86random
Linee guida sui contenuti
Potrebbe anche piacerti
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED) di msroses_
48 parti Completa
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi awal awal lagi dia menolak .. Bagi Maira perkahwinan tu agak tak kena dengan jiwa dia .. Dia sudah bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Termasuk wad tempat kerjanya.. Namun kecederaan yang dialami menyebabkan dia terpaksa berpindah ke unit lain.. Dan, satu peristiwa telah meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan lelaki itu.. Ahmad Firash, pegawai perubatan yang sangat komited dalam kerja..Tapi dari segi kehidupan, dia seorang yang tidak sukakan komitmen. Baginya perkahwinan hanya akan menjadikan dia seorang yang tidak bebas. Kerana itu dia selesa berkawan dengan Syakira. Tapi tak tahu di mana silapnya, kecuaiannya meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan wanita itu.. "Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr Firash! " - Maira "Aku minta maaf staff nurse, aku tak tahu apa dah jadi dengan aku.." - Firash "Akak rasa baik Dr Firash kahwin dengan Maira.. Kalau Maira mengandung macam mana?" - Raihana "Aku akan bertanggungjawab pada kau" - Firash "5 bulan je.. cukup 5 bulan kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya.." - Maira " Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni? " - Syakira Takdir.. Sebaik-baik takdir yang Allah dah tulis, siapalah mereka untuk menidakkan..Mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah..Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki..
Potrebbe anche piacerti
Slide 1 of 10
Isteri Halal Sementara  cover
Bukan Aku Tak Cinta cover
Jarak Umur Antara Kita cover
Sir, I love you cover
[OG] Her Angel cover
C| Healed: Thalea Reanne (edit) cover
Mr. Duda & Cikgu? [Completed] cover
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED) cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
HARIS DANIEL  ( C ) cover

Isteri Halal Sementara

58 parti In corso

Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ AKAN DIUPDATE SETIAP HARI ] ✓ [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ] ✓ [ TAMAT DI WATTPAD ] ✓ [ MISALKAN TAK DAPAT UPDATE SEPERTI YANG DIJANJIKAN, MUNGKIN SAYA LUPA 🙏 ] ✓ [ TYPO BERSEPAH! TATABAHASA KE LAUT! ] ✓ [ TOLONG VOTE 🌟 DAN KOMEN KALAU TAK KEBERATAN 😁🫶] ✓