Story cover for His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series
  • WpView
    Reads 123,001
  • WpVote
    Votes 13,896
  • WpPart
    Parts 46
  • WpView
    Reads 123,001
  • WpVote
    Votes 13,896
  • WpPart
    Parts 46
Ongoing, First published Jan 04, 2019
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂
❝ One last bet he couldn't surrender ❞

Nur Kaymelia

Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino.

Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk.

Namun, Isaac gagal. 

Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu!

.
.

Isaac Abraham

Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. 

Tetapi tidak Nur Kaymelia.

Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar!

.
.

Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya.

Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB.

Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu?

Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga.

Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah?

Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri?

❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞

WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series to your library and receive updates
or
#4badboy
Content Guidelines
You may also like
Meliana and the man behind the commando mask. by iamsafyaela
30 parts Complete Mature
Pertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling memperkenalkan antara satu sama lain. "I'm Nur Meliana Lidya, and you?" - Meliana "Gorgeous name! I'm Tengku Dazrael Zayden." - Dazrael Cinta pandangan pertama bertukar menjadi perkahwinan, dan dia tidak percaya hidupnya akan menjadi begitu sempurna, sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar. Suaminya bukan sekadar kapten tentera. Dia juga CEO kepada ZaydenVault industri, syarikat yang paling berpengaruh di seluruh dunia dan yang paling menakutkan, dia juga seorang assasin berdarah dingin. Dia hidup di dalam dunia yang penuh bayang dan penuh musuh yang ingin melihatnya tumbang. Lebih mengejutkan, semua rakannya termasuk sepupu Meliana sendiri turut memikul identiti gelap yang sama. Namun meskipun rahsia itu terbongkar, dia tidak menjauh tetapi dia tetap di sisi lelaki itu. Meskipun rumah tangga mereka menghadapi salah faham yang besar, yang hampir meruntuhkan segalanya. "Ceraikan aku! Kau patut kahwin dengan dia, bukan aku!" - Meliana "Abang tak akan lepaskan cielo. Bagi abang masa untuk buktikan yang itu semua hanya lakonan untuk keselamatan cielo." - Dazrael Tapi... Mampukah cinta mereka bertahan dalam dunia penuh rahsia, darah dan pengkhianatan? Adakah itu lakonan semata-mata atau untuk keselamatan Meliana? Sanggupkah Meliana kekal di sisi lelaki itu selepas dia tahu perkara sebenar? Adakah apa yang Dazrael lakukan itu untuk melindunginya dari sesuatu yang buruk ? ⚠️ Abaikan jika ada sedikit typo, keselahan ejaan dan penyalah gunaan tatabahasa. ⚠️ Cerita ini ialah rekaan semata-mata. ⚠️Mohon jangan terikut dengan perkataan kasar yang terdapat di dalam ini. ⚠️Untuk pembaca yang matang
kerana dia salsabella ✔︎ by strawberry_zyaaa
47 parts Complete
known as " dia gadis limited edition " [ the boyz series 1 ] ° cliché before surprise ° Rupa? Itu sudah semestinya. Harta? Heh, kenyit mata sahaja. Cinta? Oh please, siapa yang tidak mahu bersamanya? Sekali pandang sahaja sudah mampu membuatkan para lelaki jatuh hati. Gadis kesayangan ayah dan abangnya. Tidak cukup seorang playboy, dia dipertemukan pula dengan seorang flower boy, seorang badboy dan seorang iceboy. Malah, mendapat sahabat yang sentiasa setia menemani. "Kacau kau memang dah jadi hobi aku." - Izz "Aku tak percaya pada cinta." - Rian "Saya cintakan awak." - Niel Situasi yang sudah rumit bertambah rumit apabila orang yang dia langsung tidak jangka, mempunyai perasaan terhadapnya. Hati yang sepatutnya dijaga ada di depan mata, namun ia terluka tanpa sengaja. "Jatuh cinta tak salah." - Fara "Yang salahnya bila jatuh cinta dekat orang yang tak sepatutnya." - Kai Ada orang yang sentiasa dirindui. Namun ada juga yang di mana kehadiran, malah bayang - bayangnya sahaja langsung tidak dinanti - nanti. Kerana dia ialah syaitan yang hanya layak mati! "Dia tak selicik aku." - Kim "Tangkap dia!" - Xin Namun memiliki segala - galanya tak menjadikan dia sempurna kerana dia hanyalah seorang manusia biasa, yang pernah kehilangan sebahagian daripada dirinya. Kemunculan pihak lawan menjadi kunci tercungkilnya kebenaran. Satu persatu kejutan diberikan. Inilah saat untuk menguji siapa kawan atau sahabat, siapa yang kekal atau siapa yang pergi meninggalkan. Dan siapa yang benar - benar ikhlas terhadapnya, atau hanya sekadar nafsu semata - mata. "Saya tak macam gadis lain." - Bella > started : 10122022 > published : 18122020 > end : 14022021 > completed : 14022021 #1 - badboy : 18092021 - 22092021 #1 - gadis : 01122021 - 07122021 #1 - kerana : 23042023 - 27042023 #1 - kerana : 05052023 [ thank you so much to @naika_iasf for a beautiful cover <3 ]
1 Bulan Mengejar Cintamu(C) by arezays
71 parts Complete
TENGKU FIRASH ZIYAD Seorang lelaki yang kacak dan rupawan tetapi sikapnya yang dingin,hati beku,tegas dan panas barannya membuatkan dia ditakuti ramai orang.Kaya jangan dikatakan dia memang seorang yang sangat kaya dan menjadi kegilaan ramai para perempuan diluar sana tetapi tidak bagi dia.Dia tidak suka akan insan yang bernama perempuan kerana dia tidak mahu jadi seperti cousinnya yg dikongkong oleh perempuan dan sentiasa menurut apa sahaja kehendak perempuan itu hingga menyebabkan perniagaan cousinnya hampir bankrup.Disebabkan itu dia tidak mahu mengenali atau bercinta akan perempuan...baginya perempuan merupakan beban dan pembawa bala. NURUL CAMELIA ADRIANA Seorang perempuan yang lemah lembut,polos,sopan santun dan sangat menghormati orang tua.Gadis yang baru lepasan universiti.Dia memiliki wajah yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki tetapi dia tidak tertarik kepada mereka yang cuba untuk berkenalan dengan dia.Kehidupan dia tidak seperti keluarga orang lain.Dia tidak dapat merasakan kasih sayang ibubapanya kerana ibunya telah meninggal ketika dia berusia 10 tahun dan baru dia ingin bahagia bersama ayahnya datang pulak orang ketiga dalam hidup ayahnya.Kehidupan dia hancur selepas ayah dia berkawin dengan perempuan itu tetapi dia cuba belajar menerima dan redha akan semua yang terjadi walaupun dia selalu dimarahi dan didera oleh ibu tirinya dan adik tirinya. "terima kasih encik kerana tolong saya" "kau nie memang menyusahkan dan beban bagi aku" APAKAH YANG TERJADI KEPADA DIA SELEPAS DIA BERTEMU DENGAN LELAKI ITU??APAKAH ADA PELUANG DIA BERBAHAGIA DENGAN LELAKI ITU?? COVER EDIT BY HUMAYRA
BUNGA AZALEA 1 ✅ by kashrinahaider
71 parts Complete Mature
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan. Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan. "Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" "Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? "Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun" ⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR. START : 1 MEI 2018 END: 10 NOVEMBER 2021
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️ by thezyrose
10 parts Complete Mature
Qafeel dan Raudha disatukan dalam paksa rela. Qafeel terpaksa. Raudha rela demi seorang ayah yang banyak berjasa. Perkahwinan tanpa cinta sangat sukar untuk Qafeel terima kerana cintanya untuk wanita lain. Hati Raudha sakit saat Qafeel mengaku cinta pada wanita lain. Siapa sangka, pada mulanya tiada rasa cinta, akhirnya Raudha jatuh cinta pada suami sendiri. Raudha berusaha memikat hati Qafeel. Pelbagai usaha dia lakukan demi seorang suami. "Kenapa you cintakan dia Qaf? Kenapa bukan I yang menjadi pilihan you?"- Raudha Sakina. Dan ternyata usaha Raudha sia-sia. Qafeel tidak pernah menghargai setiap usahanya. Malah lelaki itu terlalu ego untuk mengaku apa yang dia rasa. Juga Qafeel tidak suka lelaki lain mendekati Raudha walaupun adiknya sendiri. Kerana satu peristiwa, Raudha memilih untuk membawa diri jauh dari Qafeel. Bukan melarikan diri tetapi merawat hati yang terluka di samping membawa satu rahsia besar yang Raudha simpan daripada pengetahuan Qafeel. Saat Qafeel sedar yang hatinya mencintai Raudha, semuanya sudah terlambat. Raudha pergi membawa hati yang terluka. "Sanggup Qaf lukakan hati Adda. Apa salah Adda pada Qaf?"- Puan Sri Suria. "Saya menyesal Raudha. Sangat menyesal." - Qafeel Tan Sri Taha. Lalu masih adakah peluang untuk Qafeel membaiki silapnya. Dan mampukah Qafeel mendapatkan cinta Raudha kembali? Atau perpisahan jalan yang terbaik? All rights reserved © HezyRose NO PLAGIARISM!!! 🚫
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
80 parts Complete
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
76 parts Complete
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
HUG : THE TRUTH UNTOLD by miszhann
20 parts Complete
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya. "Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed "Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu dikejar oleh musuh, semakin si jejaka mengajar tanpa peduli apa kesannya. Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkarkan satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan? "Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui? Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap atau belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada keberanan yang tidak akan terungkap. "Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita." *** Boleh dapatkan novel Hug : The Truth Untold di shopee fajarpakeer!
Dia Untukku (C) by aisyynaa
57 parts Complete
You drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengku Aniq Hayqal, seorang jejaka yang serupa seperti hero sebuah novel. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si heroin, menjadi pujaan para gadis dan wanita di luar sana. Nayla Qistina, muka yang ceria, sentiasa gembira, tapi siapa tahu disebalik semua itu? Kenangan hitam sering kali menghantui dirinya. Siapa sahaja sanggup memiliki gadis seperti dia? Apabila ada yang bertakhta di hati, hati disimpan buat dirinya saja. Namun apabila ia dihancurkan buat kali kedua, bagaimana harus dia beri pada pemilik yang sebenar? "Kenapa kau buat aku macam ni?" -Nayla Qistina Hadirnya dia, memberi impak yang besar dalam hidupnya. Dia mempunyai auranya yang tersendiri, seolah-olah hero di dalam sebuah novel. Suka bertukar cinta, aci tak? "Jangan ingat saya sama macam boyfriend boyfriend durjana awak. I'm totally different," -Aniq Hayqal Katakan sahaja ini sebuah drama cliche, penuh dengan konflik, salah faham, benci membenci, jatuh cinta dalam diam. Dia tidak kisah. Asalkan hatinya tidak sakit lagi akibat perkara yang sama, lelaki. Namun permulaan yang baik tak semestinya berakhir dengan baik juga. Mungkin pada awalnya baik sahaja, namun pengakhirannya, siapa yang dapat jangka? Mungkin pengakhiran mereka adalah pengakhiran yang menggembirakan atau mungkin saja pengakhiran yang memerlukan pengorbanan. "I guess, the next series of this story is not about us anymore," Mungkin dia untukku, tapi mungkin juga dia untuk orang lain. p/s: i wrote this when i was 14 sooo ignore the cringy and weird things yeaa
FIGHT FOR YOU by leesophielia
8 parts Ongoing
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
Her Sapphire Tides [C] ✓ by miss_sakura2
60 parts Complete
UNTUK PEMBACA MATANG ❗TRIGGER WARNING❗ [Suic1de,SA,Harsh Words,Immoral Actions] 🥈#2 trauma 🥇#1 angst 🥇#1 thriller 🥇#1 malay Ambil yang positif,buang yang negatif. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. The world isnt as beautiful as you see. Her and His Series: 1 "ᴡʜᴇɴ ꜱʜᴇ ᴅɪᴠᴇꜱ.." DIANDRA,hidupnya tidak secerah nama. Hanya kerana satu malam yang ditakuti semua wanita dan gadis,takdir hidupnya berubah. Kesalahan diletakkan di bahunya,beban dalam hidup dipikulnya seorang. Kasih sayang dari keluarga bertukar benci sehingga si ayah sanggup membuangnya dari keluarga. Dia tekad mengubah nasibnya,kekuatan dikumpul semula namun kebencian pada malam hari tidak akan hilang. Terdesak,dia datangi satu-satunya rakan lelaki yang dia punyai. Dia sedar akan perasaan yang disimpan oleh lelaki itu dan fikirnya,Adam akan menerimanya bulat-bulat. "Adam,aku perlukan kau untuk buat satu kerja gila."- Noor Iris Diandra "Kerja gila? Apa pula yang kau nak buat ni,Dian?"- Syed Adam "Kahwin dengan aku."- Noor Iris Diandra Alasan dibalik lamaran Dian itu merobek hati seorang Adam. Siapa saja yang mahu buah yang sudah ditebuk tupai? Sekali lagi,Dian dilambung ombak deras. Adam meninggalkannya dan lebih ironi,lelaki itu sudah punya kekasih. Namun,siapalah mereka ingin melawan takdir? Ombak yang deras di tengah lautan nampaknya takkan surut. Dua insan itu disatukan jua tetapi perkahwinan mereka seakan tidak wujud. Seorang di Timur dan seorang lagi di Barat. Dalam masa yang sama,Dian didedahkan dengan sikap sebenar Adam. Dalam pada Adam menyesali perbuatannya,semuanya sudah terlambat. Bulan yang bersinar itu sudah dilindungi awan gelap. Dian mengangkat kaki dari kehidupan orang-orang yang mengecewakannya dan berusaha sendiri demi keadilannya. "Please..return to me,Seleno" [Karya Pertama,2023]
You may also like
Slide 1 of 20
Peluang Kedua Untuk Dia cover
Meliana and the man behind the commando mask. cover
Cinta Milik Alexander cover
TENGKU ABBAS cover
kerana dia salsabella ✔︎ cover
1 Bulan Mengejar Cintamu(C) cover
BUNGA AZALEA 1 ✅ cover
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️ cover
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
HUG : THE TRUTH UNTOLD cover
Dia Untukku (C) cover
My Heartbreaker✔️ cover
Sincerely , yours cover
IKHLAN DALIA cover
DUA HATI, SATU PERJODOHAN cover
FIGHT FOR YOU cover
Will You Be My Haura? cover
Sweet Vendetta [Published] cover
Her Sapphire Tides [C] ✓ cover

Peluang Kedua Untuk Dia

17 parts Complete

Kahwin aturan ibubapa tidak bagi mereka, perkahwinan yang dirancang ganjaran harta dan kemewahan jadi taruhan namun bukan itu tujuan utama, perkahwinan adalah dasar untuk mengaburi hubungan terlarang antara kawan baik, adik perempuan sebagai taruhan juga dijadikan kambing hitam! " aku tak sanggup lagi memegang status isteri kepada Syed Athar bin Syed Azman, jangankan sentuh tengok kau pun aku jijik sekarang ni" - Haura " jika masih ada peluang kedua, abang tidak berharap untuk memiliki cukup la sekadar dimaafi -Syed Athar " peluang itulah yang membuatkan manusia sentiasa menyakiti - Aryan Lee selagi segalanya dipendam sendiri manusia akan sentiasa menyakiti kerana takut akan disakiti. mampukah mereka hidup kembali bersama dalam sebuah keluarga. apakah kesudahannya, pastikan baca sampai habis 👌