Nama aku Arisya Safiyya. Aku sukakan someone. Yeah, seseorang. Dia batch aku, means sebaya lah kan? Aku suka dia sejak kami darjah 6 lagi. Dan sekarang kami dah 24 tahun. Lama kan? Kami tak berapa rapat, dan aku akui hal tu. Tapi, aku tak pernah lupakan dia walau sesaat. Mana pun aku berada, bila, dan apa pun yang aku buat, aku sentiasa ingat dia dan berharap dia juga seperti aku. Salah ke kalau aku curi-curi mencintai dia? Entah kenapa hati ini sakit apabila cinta ini dipendam sendirian terlalu lama. Tapi, pada siapa aku nak luahkan? Mak ayah? Adik? Kawan? Hmm, aku lebih senang pendam sendiri meski hati ini sakit. Aku macam perigi mencari timba dan aku juga seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Aku sentiasa berharap ada sinar kebahagiaan untuk aku meski bukan dengan dia. Nak tahu tak macam mana dalamnya cinta aku pada dia? Macam mana aku tahu segalanya tentang dia meskipun kami berbeza fakulti and course di universiti? Nak tahu kisah aku? Cuba baca cerpen ni.