Wan Sufi merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang baru kehilangan ibu bapanya ketika hari penerimaan UPSR berlaku. Sufi tinggal bersama pak cik dan mak ciknya di Kampung Patha Batu, dan dia menulis perihal kehidupannya kepada Qairi, sahabatnya ketika mereka di sekolah rendah. Suatu hari, Sufi mengalami kemalangan dan mendapati bahawa ibunya sedang menangis di sebelah katil pesakit miliknya. Dia berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku kepada dirinya kini di mana dia merupakan seorang pelajar darjah 6 yakni sebelum dia masuk ke sekolah menengah, sebelum dia kehilangan ibu bapanya, dan sebelum 'kemalangan' itu benar-benar sebuah kemalangan. Sufi menyedari dia dapat mengubah hidupnya sekarang namun itu tidaklah semudah yang disangkakan olehnya.All Rights Reserved
1 part